Monday, July 8, 2013

Kuih cara berlauk


Assalamualaikum... diharap semuanya sihat2 belaka... Masih ingat k.gee lagi keee...? Sunyi sepi dapor gee-hut yer... Alahai.... tuan rumah bukan bizi sangat.. bukan juga malas dan bukan juga masalah internet.... masalah 'menembak' pon bukan, kekangan masa pon bukan... cuma masalah encik mood selalu sangat datang ke rumah... datang bawa aura malas... hehehe... alasan!!


Sebenarnya... dapor gee-hut tetap berasap macam biasa.... setiap hari kelentang kelentung periuk belanga... menu masakan yang biasa2... tak ada kek berkrim tak ada spagheti tak ada rendang segala bagai... menu masakan harian saja... nak tayang menu berulang-ulang nanti jemu pulak orang tengok, kan... lagi pulak tak ada cerita2 menarik hanya cerita biasa-biasa sahaja... Hari ini walaupun tak ada yang istimewa cuma kuih cara berlauk tapi tuan rumah gagahkan juga menghapdet blog sebab... AKU RINDU KAMUUUU...




KUIH CARA BERLAUK


Bahan untuk Inti

200g daging cincang
1 biji bawang besar, dipotong halus
3 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kari dicampur dengan sedikit air untuk dijadikan pes
sedikit minyak untuk masak
sedikit daun bawang n daun sup dipotong halus
dipotong halus
cili merah dihiris nipis
sedikit garam


Bahan untuk batter :

1 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara membuat kuih cara berlauk:

1. untuk batter kuih cara, masukkan semua bahan dan gaul sebati. Jangan terlalu cair. ketepikan

2. untuk inti, panaskan minyak, tumis bawangputih yang ditumbuk, masukkan pes serbuk kari sehingga naik minyak. masukkan daging dan gaul sebati.

3. masukkan bawang, daun bawang dan garam. gaul sebati. masak hingga kering kuahnya.

4. panaskan acuan kuih cara di atas dapur, sapukan minyak pada acuan, masukkan batter kuih cara. kemudian masukkan inti kedalam batter kuih cara tersebut. hias dengan cili merah dan daun sup.

5. biarkan 7-8 minit atau sehingga kuih masak.


Taraaaa.... kuih cara untuk KAMU....



9 comments:

fazianbatrisyia said...

sedapnya...sib baik baru dapat makan...tak de la terliur

Cida de' Nuanza said...

feveret all de timeee..
nak buat je yg x berapa feveret... hihihi

Liza said...

liza belum ada seru lg nk buat kuih2 cara ni, takut tak jadi..hihihi

rahel said...

Kak Gee...kuih kita sama bentuk tapi teksture n rasa tak sama la...hehehe...sedap kuih cara...ada lauk pulak tu..

ady said...

salam
sedapnye Kuih cara berlauk..

izan mama mia said...

saya belum pernah rasa, tgk gambar sedk laa pulak

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Suka mkn kuih ni gee tapi tak rajin nak buat ehe :p

Sury Abil said...

Sedapp kak..tapi blm pernah lagi cuba buat..beli pun jarang..ank2 x brapa minat nk makan..kalau beli sendiri je layan..heee

Qasey Honey said...

leh wt utk bbuka ni kak klau rajin..sedap tu + comelll

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015