Friday, July 12, 2013

Karipap pusing mak saya...


Salam Jumaat semua... apa menu iftar hari ini yer... ? Mesti yang sedap-sedap kan... maklumlah layan perut lapar... hehehe... yang penting kita sediakan makanan berkhasiat untuk suami dan anak2 tersayang... dan ahaaaa perlu ingat satu perkara... jangan membazir yer... amalan syaitan tu...


Menu k.gee hari ini menu biasa-biasa saje... karipap pusing yang rangup hasil air tangan mak... k.gee tolong sediakan bahan dan tolong gorengkan saje... hehehe... untung kan kalau mak ada di rumah... hari2 boleh makan masakan mak... Jom semak resipinya...

KARIPAP PUSING MAK SAYA

Bahan-bahan

Doh A

150 gm marjerin
300 gm tepung gandum

Doh B

500 gm tepung gandum
satu sudu kecil garam
air (ikut lembut doh)

Inti

1 kilo ubi kentang - potong dadu
100 gm daging/ ayam - potong dadu
2 biji bawang besar - potong dadu
4 ulas bawang putih
2 sudu rempah kari - bancuh dengan sedikit air
1 sudu cili kisar
Garam dan gula
Minyak
Daun sup & daun bawang
Sedikit udang kering - tumbuk


Cara membuat inti:

*Tumiskan bawang putih yg ditumbuk bersama sedikit udang kering.

*Masukkan bancuhan rempah kari dan cili mesin. masukkan pula daging/ayam yg didadu. Biarkan seketika. kemudian masukkan kentang dan bawang dan kacau sebati.

*Tambahkan sedikit air dan biarkan sehingga kentang empuk.

*Campurkan garam dan gula. Masak sehingga agak kering dan masukkan daun sup & daun bawang yg dimayang halus. Gaul sebati dan bolehlah diangkat. Sejukkan.


Cara-cara membuat kulit karipap:

1. Satukan bahan A dan uli sehingga sebati. Bentukkan bulat, jadikan 6 doh kecil

2. Satukan Bahan B dan uli hingga sebati dan licin dan bhgkan kpd 6 doh kecil.

3. Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh Adi atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar. Buat sehingga habis keenam-enam doh itu.

4. Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis. Bonda akak gunakan mesin membuat mee untuk mencanai doh ini. Biarkan ia menjadi lonjong

5. Ulangi sekali lagi menggulung seperti tikar. Buat sehingga habis.

6. Selepas itu, potong kepada beberapa bahagian yg kecil mengikut saiz karipap yang dikehendakki dan canai nipis.

7. Letakkan inti karipap dan kelim tepinya.

8. Goreng dalam minyak yg penuh dengan api perlahan supaya karipap masak dengan rata dan garing.


Mari...mari..!! karipap panas... karipap panas... dua singgit...dua singgit...


11 comments:

Nuridah said...

Assalamualaikum Gee,

sedapny nya nampak karipap tu...dh lama tk mkn karipap...

Cida de' Nuanza said...

rangup je nampak..sedapnyaaa...

JaSSNaNi said...

wow.. berkenan lah.. sedap nampak dengan kerangupan gitu.. nyam nyam..

Bunda_nora said...

assalam,

dulu2 pernah buat sekali dua...lepas tu tak pernah buat dah...beli jer..

salam ramadhan dari bunda...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Akak selalu fail buat kuih karipap Gee huhuhu... cantik sungguh kuih karipap tu :D

fazianbatrisyia said...

yg ni pun sy suka. Anak2 pun suka. Ibunya jek lum buatkan lagi. Pernah try buat 2x sampai la ni lum ulang lg. Untung mak masih sihat...merasa lg air tangannya. Doakan mak sy juga sihat...raya nanti nak makan lauk mak...

tun_telani said...

uwaaaaa.. nak makan masakan yg mak masak jugakkk!! sob sob.. sedihnyer puasa ni xde rezeki nk blk puasa kt kampung.

ady said...

salam
npk rangup karipap tu kak...

inahar ali said...

salam gee..nmpak rangup & cantek sgt karipap pusing mak gee tuh..nk minta 2 ketui wat buka pose kt klinik..leh tak? hehe!

norhanim md zain said...

Woi nampak rangup nak cuba hujung minggu nanti ...karipap feberat kita selamanya

rahel said...

Cantek karipap pusing kak gee ni....kemas gitu...sure enak baget...nanti bole cuba...tq share resepi.

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015