Friday, November 1, 2013

Pulut panggang...


Salam Jumaat yang penuh keberkatan.... Selamat Hari Lahir buat suami tercinta.... 

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahem...

Jadikanlah kami sebagai suami istri yang saling mencintai dikala dekat,
saling menjaga kehormatan dikala jauh,
saling menghibur dikala duka,
saling mengingatkan dikala bahagia,
saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
saling menyempurnakan dalam peribadatan

Ya Allah sempurnakanlah kebahagian kami
dengan menjadikan perubahan ini sebagai ibadah kepada-Mu
dan bukti ketaatan serta cinta kami kepada Sunnah Rasul-Mu

Ya Allah…. Ya Tuhanku…….


Aku hanya ingin menjadi Isteri yang di Rahmati…
Isteri yang di Kasihi…
Isteri yang Solehah…
Isteri yang sentiasa di Hati Suamiku…

Aamiin aamin... Yaa Rabbai ‘Aalamiin…!


Semoga kami dikurniakan kebahagiaan di dunia dan akhirat...


PULUT PANGGANG

Bahan untuk inti

1 biji kelapa parut ambil yang putih saja
5-6 ekor udang hidup
* sedikit udang kering
1 senduk cili kisar
*5 ulas bawang merah
*2 batang serai
SEdikit serbuk kunyit
Garam, gula secukup rasa

Cara :

Kisar halus bahan bertanda * kemudian masuk kan kelapa parut, cili kisar, serbuk kunyit, garam dan gula.masukkan bahan kisar ke dalam kuali.  Udang hidup dipotong kecil dan masukkan sekali ke dalam kuali tadi.  Masak dgn api pelahan...kacau inti sehingga masak.

Untuk pulut

Pulut direndam 5-6 jam kemudian di kukus...sediakan pati santan yg dicampur dengan secubit garam & gula...bila pulut siap masak angkat dan gaulkan dengan santan. Gaul hingga mesra.

Cara membuat pulut panggang...

Layur daun pisang terlebih dahulu.supaya senang nak membalut...kalau xlayur kang tekoyak...tepekkan pulut di atas daun pisang.letakkan inti di tengah kemudian gulung...guna lidi untuk sepit dihujung kiri & kanan...

Bakar hingga daun pisang keperangan...kalau suka boleh biarkan hingga hangus sedikit... angkat dan bolehlah di makan

 

Makan pulut panggang jer ye hb, insyaAllah esok buat kek pulak yer... hehehe....

3 comments:

ady said...

salam kak gee
amboiii pULUT PANGGANG..masih ingat lagi arwah nenek saya suka buat pulut panggang ni bila dia dgr cucu dia nak dtg...dah lama tak mkn PP NI..

tun_telani said...

Salam kak gee.. happy birthday buat husben kak.. semoga hidup diberkati insyaAllah.
tun peminat tegar pulut panggang inti ikan kak, dh nama org ganu tu kan..hihi

fazianbatrisyia said...

sedapnya...tgk apa semua sedap. masih ada nikmat sihat ni kan..alhamdulillah

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015