Monday, August 4, 2014

Semarak Eidul Fitri 1435H


Assalamualaikum...
Salam 8 Syawal 1435H... masih dalam mood berhari raya ke... ? haah! sudah tinggal habuk....? haha...tak mengapa.... malam nanti boleh godek2 lagi kan... k.gee pun baru plan nak membaking... raya baru ini tak sempat nak buat kek sedap... hari ini teringin pulak nak buat kek fesyen lama... kek guna marjerin.... tunggu yer sudah siap nanti boleh tayangan kat sini.... sambil2 tu bolehlah cuci mata tengok gambar-gambar raya k.gee yg tak seberapa ni.... heheh 


Kami beraya di kampung mertua di Felda Lurah Bilut, Bentong... seronok beraya di sini kerana masih mengekalkan suasana raya ala kampung ziarah menziarahi dan bertakbir rumah ke rumah...


Anak-anak k.gee yang sudah remaja belaka... 


Bersama sepupu sepapat mereka... setiap tahun berposing ber7...


Mertua k,gee yang sentiasa ceria bersama anak menantu cucu cicit... ramai sebenarnya tapi yang lain tak sempat bergambar... memasing sibuk....


Anak dara siapa ni... ?cute macam mama dia kan...? hehe


Salam Lebaran buat semua
Maaf Zahir dan Batin...

p/s: cantik tak orkid tiger kat belakang tu,,,,?

4 comments:

Azlita Aziz said...

Selamat hari raya Gee.. minal aidin wal faidzin
maaf zahir dan batin ^_^

cahayahidupku.blogspot.my said...

Selamat Hari Raya Gee..
Maaf zahir dan batin.. mana tahu jika komen yg ditulis menyinggung perasaan Gee..

Memang popular Orkid Tiger tu ye.. cantik.. ramai yg tayang kat FB ..

Sweet red cherry said...

salam aidilfitri kak gee..maaf zahir batin..cantik gambar raya..

Ita Rossi said...

selamat hariraya raya Gee.

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015