Aaaaarggh...!!!! malasnya nak ke pejabat.... apa tidaknya, hampir seminggu berdondang sayang cuti-cuti Malaysia di puncak gunung Brinchang, Cameron Highlands... balik ke rumah semalam bersambung pulak kemalasan dek hujan yang mencurah curah membanjiri bumi... Beku semua mood dan mode nak bekerja... kalau ikutkan hati mahu berselimut saje di atas katil sambil menghirup kopi o panas... best kan...
Tapi... pelik juga kan... mood makan tak pernah pulak pudar... lapar memanjang... tambah2 hujan begini perut asyik dengan lagu keroncongnya... lagi lebat hujan turun lagi deras iramanya... hisssyy.... Kalau boleh nak masak yang mudah2 dan cepat... Senang kan? Mai laaa kita terus saje ke menu lunch k.gee semalam.... tak ada ilham nak celoteh panjang2 noooooo.....
MEE UDANG
BAHAN-BAHANNYA
1/2 kilo udang sederhana besar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu cili kisar
1 senduk udang kering
2 sudu sos tomato
1 paket mee kuning
Sedikit kacang tanah yang ditumbuk
2 keping tauhu 2 digoreng dan dipotong
1 biji keledek direbus dan lenyek
Garam dan gula secukupnya
Air asam jawa
Hiasan
Taugeh, sawi, tauhu goreng, telur rebus, bawang goreng, limau kasturi, cili merah
CARA MEMBUATNYA.
Rebus udang hingga masak dn asingkan airnya. Simpan air rebusan.
Bawang merah, putih dan halia diblender bersama udang kering. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan2 kisar tadi sehingga wangi dan garing. Masukkan sos tomato, kacang dan keledek yang dilenyek. Tambahkan air rebusan udang, air asam jawa dan kacau biar sebati dan kuah mendidih Masukkan udang diikuti dengan garam dan gula secukupnya. Biarkan kuah meredeh lam sikit.
Hidangkan mee bersama bahan2 hiasan dan curahkan kuah di atasnya.
Sesuai untuk hidangan seisi keluarga. Selamat mencuba...
p/s.. hujan2 ni pic pon berkabus... heeeee
7 comments:
kurang sopan tol udang tuh tertonggek2.. geget kang br tau.. kekekeke... ulur semangkuk kak plss hehe
kemain cantik je udang tu tertonggeng atas pinggan hehehe....
SEDAPnya nampak mme udang tu Gee kalau kt umah akak ni mmg terlaris lah kalau mee udang pasti anak2 tambah berkali2
sekali pandang dh tau mesti sedap mee udang ni kan kak Gee...2 kali pandang harus buat ni..QH amik resepi ni yea...tq
nampak sedap kak gee..zila suka ratah udang tue byk2 he hheee..tp klu tang mee kuning tue slow sikit nk mkn..kuah mesti letak byk..yummynye kak.
Salam singgah kat sini...terliur tgok mee udang tu...udng nya pulak besar je...x pernh lg cuba buat mee ni...nampak sedap sgt....:-)
Sesuai untuk saya try ni..memang suke mee udang...thanks utk resepinya ye Kak Gee...mmuah.
Post a Comment