Wednesday, December 5, 2012

Menu malas-malasan


Bila musim hujan memang perut cepat terasa lapar kan... nak mengunyah jer memanjang... menu apa pon tak kisah... semua sedap semua licin... Tambahan cuti sekolah anak2 punya aktiviti rasmi setiap hari adalah makan tidur lepak dan fb... lepas tu buka tudung saji... mak!! lapar.... adoiiii laaaa.... anak... anak ku...


Menu yang ringkas, sempoi dan biasa2 jer untuk anak2...


AYAM GORENG PEDAS

Bahan:-


1/2 ekor ayam - bersihkan, potong kecil dan gaul garam kunyit

Bahan dikisar :
*2 biji cili merah
*10-15 biji cili padi
*4 biji bawang merah
*4 ulas bawang putih
*1 inci halia

1 labu bawang besar - potong bulat
1 sudu lengkuas (k.gee beli yang dah siap dikisar)
1 sudu sos tiram
Garam dan gula secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara Memasak:-

Ayam digoreng hingga 3/4 masak, angkat dan ketepikan. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar tadi hingga garing dan naik baunya. Masukkan sos tiram, garam dan gula secukupnya. Kacau rata.  
Masukkan ayam yang digoreng tadi dan bawang yg dipotong bulat.  Gaul hingga rata. Angkat dan hidangkan.  Boleh dimakan bersama nasi panas atau roti. 



9 comments:

norhanim md zain said...

ni le kerja mak mak kan..masak n masak n masak :)

Unknown said...

betul tu Norhanim mama2 ni ini je lah kerja nya kan tak sah kalau tak masak makan masak makan heee dan ayam ni pun sodap je nmpaknya Zie kan..

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Gee..sesekali layan sambal camni memang best...

Oh ya, semalam saya ada cuba resipi sotong bunga kantan seperti yang akak post 2-3 hari lepas..memang mabelesssss rasanya..sayang xsempat nak snap sebab lepas masak, anak2 dah lapar sibuk ambil pinggan masing2..so tak sampai hati plak nak lengah2kan..InsyaAllah, len kali nak buat lagi...Thanks utk idea buh bunga kantan tu...sukeeee dan sedappppppp.....

Gee® said...

norhanim md zain >
Ya lah Hanim... sudah jd tjwb kita kan layan selera anak2...

Nooriah Abdullah >
Anak2 k.gee mmg suka makan ayam terutama yg digoreng dan pedas2 gini... berselera tgk diorng makan... mak diorang lagilah seleranya... hehehe

Sue @ Nenie said...
Memang sedap kan Sue bunga kantan tu... time banyak ni mmg selalulah k.gee menu bunga kantan... baru2 ni k.gee masak ikan bawal goreng pedas dan campurkn hirisan bunga kantan... sedap woooo... mabeles!
nanti balik kpong nk ambil lagi kantan byk2...


hazila said...

Salam kak gee,

Jangankan bebudak, org tua pun asyik lapar je bila hujan hujan ni.

Love2cook Malaysia said...

Menu simple mcm ni lah my all time fav...lagi2 ngan ayam! Uish besnya...makan nasi bertambah2 :)

ibh_sue said...

Salam kak Gee. Sedapnya.
Uih! Itu bukan simple dah. Menu mcm tu pun dah boleh menambah2 nasinya. :)

zila norazila said...

salam kak gee
zila pun sama klu dtg angin malas..menu simple2 jgk kak..tp tue yg sedap kan:)

ummiaisyah said...

mn ada malas kak gee...kalo sy goreng garam kunyit je..muahahaah

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015