Wednesday, September 25, 2013

Cheese tart baru belajar...


Sebenarnya sudah lama k.gee teringin nk mencuba cheese tart ini... bila terasa nak makan k.gee selalu tempah dengan rakan di pejabat... memang sedap rasanya terutama yang ada filling blueberry fav k.gee... yum yum...! weekend baru ini k.gee pon cubalah menggodek cheese tart dengan inti blueberry.... apalagi..! selongkar dapor Masam Manis lah sebab ada resepi dan 'step-by-step' sekali... boleh tengok di SINI... hehehe.... terima kasih Ita...    


Tapi..... kenapa cheese tart k.gee tu tak kembong macam sifu Ita buat...? tak comel langsung!! aduhai.... anak murid banyak main ni... hehehe... tangan anak murid dah keras kematu gamaknya.... hantam la labuuuuu.... "... lepas ni cuba lagi yer, kata hb memujuk isterinya sambil satu persatu tart masuk mulutnya... muah...muah...sayang hb....



Jom semak resepinya... Minta izin yer Ita cnp resipinya di sini pula... nanti nak buat lagi yg kembong punya... hehehe

CHEESE TART
Rujukan : Masam Manis


Cara buat Shell atau crust :

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.

Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.

Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.



Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an tuk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.

Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi.

Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tat kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan pula bahan2 tuk membuat cheese dia pula.

250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.

Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.

1.Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.

2.Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!

3.Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.

Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

tambahan : ita bakar api atas bawah tapi ita letak dekat rak bawah.

Untuk resepi ni, 1 adunan shell ita dapat buat dalam 40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell.

Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell.

Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese

Cheese tart yang telah siap di simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk ketahanan yg lebih lama.


Memang yummy!! sedaaappp....

6 comments:

fazianbatrisyia said...

emmmm...dappnyaa....nak kit...

Wani said...

kalu yg kembong tu masa snap panas2 kot kak gee.. hihi..wani bese buat pun dah sejuk tu merudum jugak ... tapi apapun masok mulut gak :P

tun_telani said...

kak gee.. tun ni acuan cistat dh beli lebih setahun.. cream cheese duk ulang2 beli pastu guna wat mende lain.. ni baru je beli blueberry filling, kalau x buat jugak cistat nyer mmg xtau nk ckp ape lah.. hihi

Rina Audie said...

bener-bener mengancam ni cheese taart. boleh ambil 2 bijik ya kak...

Bbwana adienia said...

salam kak gee..

apapun, chez tat tu tetap nampak menarik..

Lydia Miza said...

Salam.. Sedapnya. Lama giler x buat cheese tart. Malas nak buat shell punya pasal. Hahaha

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015