Tuesday, September 3, 2013

Kek prun marmar


Selamat pagi Selasa dan salam ceria semua... menu apa sarapan pagi ini..? wow! nasi kerabu daging bakar yer... sedapnya... k.gee sarapan ala-ala western pagi ini ... pasta riben kampung style... tapaw ke pejabat dan makan reramai.... syedaappp..... hehehe


Kek prun marmar ini k.gee buat untuk Kak Sue rakan sepejabat k.gee yang 'mengidam' nak makan kek... K.gee godek2 ala kadar saje lah sebab dia request waktu sudah malam... nasib baik ada stok bahan2 dan sempat skodeng resipi kek marble trio CMG (tapi derhaka sikit... jangan marah yer Che Mat...) hehehe... dan harap-harap Kak Sue berpuas hati yer... sori lah tak pandai nak buat kek yang deko2 segala bagai... ini saje yang mampu...


KEK PRUN MARMAR
Adaptasi dari : Kek Marble Trio CMG
Olahan : gee-hut

BAHAN-BAHANNYA :-)


300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air*(*disatukan)
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1 /2 camca teh rose essence

(k.gee tambah bebebrap butir buah prun  yg dipotong kecil)

CARA MEMBUATNYA :-)

1.Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.

2.Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.

3.Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar).

4.Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.

5.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan. (k.gee taburkan buah prune yg dipotong kecil)

6.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.



nyum..nyum...
nah! kak sue cayang...



6 comments:

Ummi said...

Gee, banyak lg ke kek tuh, meh sini sikit, nak cicah teh O...sedap kan kek trio CMG ni...mmg world!!

Gee® said...

Kak Ummi >
gambor jer ada kak Ummi... kek dh lama licin...hahaha...

Asyifa Mustaffa said...

cntiknya...nmpk sedap la k.gee...

fazianbatrisyia said...

Lama oven tak bakar kek...apakan daya cam tak rajin nak baking...nampak gebu mesti sedap tu kan

tun_telani said...

Salam kak gee.. kek nmpk lembut dan gebu! mmg senang bila ada ovalette kan, mmg menjadi gebu dia.

Suzana Ibrahim said...

mesti sedap kalau makan sekeping kek ni dengan secawan nescafe...

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015