Thursday, September 26, 2013

Kacang panjang fresh


Alahai... berpeluh-peluh dahi nampaknya.... baru balik berkebun ke...? Rajinnya bercucuk tanam di tengah hutan batu yer... ? Maklumlah...sejak dua menjak harga perol dan barang-barang serba naik ni, kenalah berjimat cermat sikit... sekurang-kurangnya sayur mayur tak perlu beli di pasaraaya lagi... petik saje yang segar bugar dari ladang tepi rumah tu... fresh dan berkhasiat... ye tak Mek Nor Secubit Garam...? mek yg sangat rajin berkebun sayur di halaman rumahnya... hamboiii... makin menjadi-jadi tumbuhan di kebun dia... semalam siap tayang buah lemon made ini Malaysia lagi... syabas Nor! 


Encik hb k.gee pon rajin juga berkebun sayur... katanya nak keluarkan peluh sambil berbudi pada tanah... Inilah hasilnya kacang panjang dari kebun hb... macam2 menu k.gee masak dari kacang panjang ni... mak k.gee petik yang muda dan jadikan ulam cicah sambal belacan... k.gee tak sukakan ulam jadi k.gee masak lemak kacang panjang dengan udang... sedap... bertambah2 makan nasi... 




Banyak khasiat kacang panjang sebenarnya... terutama dalam mencegah dan melawan penyakit serta juga memiliki sifat antikanser.... dan yang menariknya kacang panjang berkhasiat untuk keindahan payudara wanita.... wow... check it out..!!   

MASAK LEMAK KACANG PANJANG

Bahan bahan:

Kacang panjang
Udang
cili padi
Kunyit hidup
Bawang merah
Garam
Santan
Asam keping

Tumbuk cili padi, kunyit hidup, bawang dengan sedikit garam hingga hancur.  Petua orang tua-tua, masukkan garam supaya tidak terpercik ke mata bila ditumbuk... Masukkan bhan tadi ke dalam periuk dan tambahkan santan.  Masak dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masukkan kacang panjang diikuti dengan udang. Akhir sekali masukkan sedikit lagi garam dan asam keping.  Bolehlah diangkat dan dihidangkan. Selamat menjamu selera...! 


Jom... bismillah....


8 comments:

K.Nor said...

syabazzzz jugak buat mek gee.. alhamdulillah.. bila ramai yg pakat tanam sayuran, nor pun tumpang seronok :)

timun mini dan kacang panjang pun dah berbuah ni.. lps ni boleh la makan kacang panjang fresh jugak hehe

Bbwana adienia said...

salam kak gee..

memang best la kan bila dapat petik sayur yang ditanam sendiri..lagi fresh..

ady said...

salam
rajin kak gee tanam sayuran kacang panjang..mmg bestlah tanam sendiri..

Mamasya said...

Aslmkum kGee

seronoknya dpt petik dan masak hasil tanaman sendiri....
re; tkasih k.Gee wish anniversary..

Tihara said...

sedap nya, cantik pla edit gambar macam ni..leh la tiru nanti,hehe :)

tun_telani said...

Salam kak gee.. tun pun teringin nk tanam macam2.. tp tu laa..duk apartment, kat balkoni sekangakang kera tu je la tanam sikit2 dlm pasu. suka je tgk pokok2 hidup. ni lada sulung baru berbuah ^^

zana fahmi said...

Betul ke Gee tentang khasiat kacang panjang tu...hehe...mmg kesukaan akak tau. Goreng pedas, masak lemak..pilihan utama bila beli sayur. Sayangnya rumah kita takde tanah, depan belakang dah disimen. Nak tanam kena berpasu. Susah pula kalau balik semenanjung 1 bulan alamat kering kontanglah tanaman.

Ummi said...

Gee, rugi x suka ulam...hehe. Akak paling suka semua jenis ulam, sebut jer...ikut tekak mak dulu kot, bila makan tghri duk geng dgn mak jer, jap2 mak suh bakar terung ungu, jap2 kutip kacang botor, jap2 rebus bendi, rebus paku rawan, terung telunjuk, pucuk ubi, kangkung, daun kaduk segala....x selera makan xda ulam dan sambal...now jer dah kurang sikit ulam2 camtu, duk hentam timun, kacang botor, daun selom (fav nih..)...hehe... Tu rahsia awet muda...kikikii

Akak pun duk tengah mempelbagaikan lagik tanaman kat kawasan rumah ni ha, pisang siam 2 pokok dah naik 4 kaki dah..daunnya kalau nak wat lepat boleh dah tu, lebar2 je tkg..hehe. Limau purut, terung telunjuk, keledek ungu, daun selasih, daun pandan, daun kesum, kunyit (plg byk), lengkuas, kacang botor semua dah merasa hasil...Mempelam harum manis pun musim lepas dekat 30 bj berbuah (masa baru2 blk Haji), bagi2 kat jiran kiri kanan..musim ni nampak lekat buah sikit jer dlm 10 biji kot hb balut kelmarin..alhamdulillah.

Ni tgh nak tanam herba2 sikit lgk, tu anak delima dan rambutan jarum mas baru beli kat pasar tani ahad lepas, ptg ni tanam kot...insyaAllah.. ^__^

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015