Wednesday, September 25, 2013

Karipap


"2 singgit.... 2 singgit...!!! mari...mari.... mari beli karipap panas.... karipap sedap mak saya.... makan satu pasti nak lagi... tak percaya? nah...! ambik semua.... "


hahaha.... suami k.gee sangat meminati watak Mail dalam cerita Upin dan Ipin.... dailog Mail selalunya selamba jer.... k.gee pulak sukakan watak Mei Mei dengan dialognya "saya suka...saya suka...!"... terhibur kan.... walaupun hanya cerita kartun tapi sangat banyak pengajaran di situ...



Ops! menu petang ini sebenarnya tiada kena mengena dengan kartun Upin dan Ipin yer... ini bukan karipap si Mail budak singgit tu tapi karipap dari dapor gee-hut tau....  sambil bersantai-santai di petang hari sambil menikmati kuih karipap rangup dan kopi-o kaw... pergh!! Layannnnn.....


RESEPI KARIPAP

Bahan-bahan

Doh A

150 gm marjerin
300 gm tepung gandum

Doh B

500 gm tepung gandum
satu sudu kecil garam
air (ikut lembut doh)

Inti

1 kilo ubi kentang - potong dadu
4 ketul isi ayam - potong dadu
2 biji bawang besar - potong dadu
4 ulas bawang putih
2 sudu rempah kari - bancuh dengan sedikit air
1 sudu cili mesin
Sedikit garam dan gula
Minyak
Daun sup, daun bawang

Cara membuat inti:

*Tumiskan bawang putih yg ditumbuk bersama sedikit udang kering.

*Masukkan bancuhan rempah kari dan cili mesin. masukkan pula ayam yg didadu. Biarkan seketika. kemudian masukkan kentang dan bawang dan kacau sebati.

*Tambahkan sedikit air dan biarkan sehingga kentang empuk.

*Campurkan garam dan gula. Masak sehingga agak kering dan masukkan daun sup n daun bawang yg dimayang halus. Gaul sebati dan bolehlah diangkat. Sejukkan.

Cara-cara membuat kulit karipap:

1. Satukan bahan A dan uli sehingga sebati. Bentukkan bulat, jadikan 6 doh kecil

2. Satukan Bahan B dan uli hingga sebati dan licin dan bhgkan kpd 6 doh kecil.

3. Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh Adi atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar. Buat sehingga habis keenam-enam doh itu.

4. Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis. Bonda akak gunakan mesin membuat mee untuk mencanai doh ini. Biarkan ia menjadi lonjong

5. Ulangi sekali lagi menggulung seperti tikar. Buat sehingga habis.

6. Selepas itu, potong kepada beberapa bahagian yg kecil mengikut saiz karipap yang dikehendakki dan canai nipis.

7. Letakkan inti karipap dan kelim tepinya.

8. Goreng dalam minyak yg penuh dengan api perlahan supaya karipap masak dengan rata dan garing.


Sudi-sudikan lah....

8 comments:

tun_telani said...

Dah lama x buat karipap.. pandai buat karipap biasa je. tun pernah sekali wat karipap pusing, xberapa menjadi. hihi..

ady said...

salam
sedapnye karipap!!!!

izan mama mia said...

karipap....mia pun dh tanya..bila mama nak bt karipap..hihihi..tapi tgk karipap akak lg sedp...

Kak Rose said...

karipap cam ni kak rose cuma pandai makan jer...sedap! x pernah buat yg pusing2 cenggini...takut x menjadi!

umi's cup cake said...

Sedapny karipap kak gee..saya tak reti buat karipap...huhu

rachel said...

Kak punya karipap banyak cantik lo~
saya suka。。saya suka
hee。。。

Lydia Miza said...

Kegemaran saya tp x reti buat.. Adoii teringin sgt. Syg cuba bereksperimen nak mkn la. klu jadi sy tayang nanti ye

Ummi said...

Gee, rajinnya buat karipap...lenkali hantar ke Country Home 6 ketuii yea...hehe

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015