Monday, September 23, 2013

Pulut inti... pulih semangat



Syukur alhamdulillah.... masih diberi kesempatan dan kesihatan yang baik untuk mengecapi nikmat hidup di muka bumi ini setelah beberapa hari diuji dengan sedikit kesakitan... Subhanallah... Allah beri sedikit ujian tapi dibayar dengan seribu kenikmatan... begitulah kasih sayang Allah SWT kepada hambaNya.... moga Allah lapangkan hati kita.... apa jua yang ditakdirkan, adalah yang terbaik buat kita...


Terasa rindu di hati... apa khabar anda di sana...? semoga semuanya sihat dan ceria belaka... seminggu tak bersiaran ni terasa kekok pula nak masukkan entri... serupa macam kak ummi HSH yang dapor mayanya dah lama senyap sunyi.... tup2x semalam sudah berasap semula.... kekok yer kak ummi? mari kita sama-sama meriahkan dapor maya kita semula sambil berkongsi idea, resepi dan pengalaman... jommm...!!!


Hari ini resepi mudah dari dapor gee-hut... pulut inti untuk pulihkan semangat berblogging yang semakin suam-suam kuku.... heeeee

PULUT INTI

2 cawan beras pulut direndam semalaman
1 cawan santan pekat
sedikit garam
2 helai daun pandan

Panaskan kukusan dan alas dengan daun pandan di bawahnya.  Kukus pulut selama 15-20 minit.  Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi santan yang dicampur sedikit. Gaul pulut hingga sekata. Kemudian kukus semula pulut yang telah digaul dengan santan tadi selama 10 minit lagi. Angkat dan kacau sekata. Siap...


Inti kelapa :
2 cawan kelapa parut putih yang agak-agak muda
1/2 cawan gula merah
2 sudu besar gula putih
2 helai daun pandan diikat
1 sudu besar tepung gandum
sedikit air

Masak dahulu gula merah dan gula putih dengan sedikit air sampai larut.Tapiskan air gula ini, masak bersama kelapa dan daun pandan. Agak kering masukkan tepung gandum... kacau sebati dan sejukkan.

Hidangkan pulut bersama inti.....untuk lebih harum bungkuskan pulut yang diletakkan intinya dengan daun pisang.......


Dah lama tak makan pulut inti, kan...
sudi-sudikan lah...


7 comments:

Bbwana adienia said...

salam kak..

sedapnya makan pulut inti pagi2 ni..sesuai la untuk breakfast..

umi's cup cake said...

Salam Kak Gee...

sedapnya kak gee...gambar pun cantik

fazianbatrisyia said...

nampak sedap & menyelerakan. inovasi bentuk pulut inti...selalu org jual balut daun pisang.

Kak Rose said...

sedapnya.... lapo lak nampak pulut inti ditenga hari ni...

rostina76 said...

masyaALLAH!!!!sedapnye k.gee…klu kat kg beli je ni kat kedai. alaaaa, miss kg la jugak tgk pulut inti k.gee ni

tun_telani said...

Salam kak gee.. teringat pulak kat kampung tgk pulut inti nih..

anymz said...

salam gee..
lama betul akak tak bertandang ke sini..
akak suka mkn pulut inti utk sarapan..tp malas nak buat.selalu beli je..^_^

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015