Thursday, April 21, 2011

Kuih melayu

Salam semua...N3 kali ini adalah kuih melayu lama namanya kuih getas.  Kuih ni buat minum petang semalam... emak yang buat akak tolong ngap saja....hihihi
Bahan-bahan :

250 gm tepung pulut
150gm kelapa parut- kelapa muda sikit...
130 ml air
secubit garam
3/4 cwn gula
1/2 cwn air
sehelai daun pandan


Cara-cara
Campurkan tepung pulut, kelapa, garam dan air, gaul hingga menjadi doh.
Kepal bulat2 dan dileperkan ikut suka saiz, ketebalan dan bentuk. Goreng hingga kekuningan
Dikuali lain, masak gula, air dengan daun pandan hingga pekat, bebuih dan bertali. Masukkan kuih yg telah siap digoreng. Pastikan api kecil. Bila gula mula terbentuk dan melekat matikan api.
Sedia utuk dimakan.


No comments:

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015