Salam Sabtu semua dan selamat berhujung minggu. Apa agaknya menu istimewa di hari cuti ni ye? Mesti ada yang mengambil peluang balik ke kampung...boleh merasa masakan air tangan bonda...seronok dapat berkumpul ramai2 di kampung...Akak bercuti di rumah saja sambil2 berkemas rumah...masak pun simple saja maklumlah penat berkemas....menu hari ni pegedil dan sambal kicap....
Pegedil ini sedap dimakan dengan soto ayam atau mi sup..kalau nak makan dengan nasi boleh juga...janji tekak boleh terima...ok jom tengok resepi pegedil
Resepi Pegedil Daging
Bahan-bahan:
5 biji ubi kentang - potong dan rebus/goreng
200 gm daging cincang
1 biji bawang besar - mayang dan goreng
daun sup/daun bawang - dihiris halus
serbuk lada hitam
garam secukup rasa
1 biji telur - dipukul
1. ubi kentang di lenyek dan digaul bersama dengan daging cincang,
2. masukkan daun sup/daun bawang yg dihiris, bawang goreng, garam dan serbuk lada hitam.
3. gaul hingga sebati
4. bentukkan bulat dan leperkan sedikit.
4. bentukkan bulat dan leperkan sedikit.
5. panaskan minyak, celupkan pegedil di dlm telur dan goreng hingga keperangan.
10 cili api
2 ulas bawang putih
Kicap
Gula
Limau nipis
Cara:
1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat
1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat
2. Masukkan gula, gesek-gesekkan dengan anak lesung (jangan tumbuk nanti sambal akan jadi pijar)
3. Masukkan kicap dan perahkan limau.
No comments:
Post a Comment