Monday, April 18, 2011

Macaroni bakar perisa piza..?

Selamat pagi Isnin... hari yang sungguh ceria dan cergas...syukur alhamdulillah atas kekuatan dan nikmat yg Allah beri kan... Ayuh!! marilah kita menikmati juadah bersarapan hari ini.

Macaroni perisa piza.. ahai...memandai derhaka resepi chef hanieliza...ampon ye kak... selepas membelek2 Buku Resepi 1 Hari 1 Resepi...zass!! teruja nak buat macaroni bakar..tapi derhaka sikit sebab ada stok sos dan rempah piza nak kasi perabih...hantam la labuuuu.... 

Jom layan resepi MACARONI BAKAR PERISA PIZA

Bahan-bahan
250 g macaroni } direbus hingga lembut toskan gaul dgn sedikit mentega

Bahan inti
500 g daging cincang ( boleh juga diganti dgn ayam )
30 gm mentega
2 biji bawang besar } dicincang
1 ulas bawang putih } dicincang halus
1 sudu kecil garam
1 sudu besar rempah piza
2 sudu tomato puri
2 biji tomato buang biji, potong dadu
Sedikit daun saderi – potong halus
2 biji capsicum merah /hijau – potong dadu
4 putih telur
200 ml susu segar
125 g keju cheddar } diparut

Cara membuat
1. Panaskan mentega, masukkan bawang besar dan bawang putih.
2. Apabila layu masukkan daging cincang, tomato puri rempah piza, garam dan lada sulah.
3. Masak lebih kurang 15 minit atau apabila air daging kering, kemudian sejukkan.
4. Sapukan loyang bersaiz 7x 5 inci dgn sedikit mentega


Cara : Masukkan1/3 pasta kemudian tabur 1/2 inti dan sedikit keju parut., lapiskan semula dgn 1/3 lagi pasta diikuti lebihan inti dan sedikit keju dan tabur pula capsicum yg sudah dipotong dadu.  Tuang susu segar dan telur dan akhir sekali tabur keju parut. Bakar didlm oven pd suhu 180′C selama 40 min atau sehingga keju keperangan.

No comments:

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015