Selamat pagi sayang...my sayang seorang yang hebat...saya amat kagum...bersyukur sangat2 dikurniakan awak dalam hidup saya...i love you so much...yeay! jangan jeles ek....
Dek kerana hati sedang berbunga2...n3 pon ade unsur2 romantik gitu...ahaks... padahal menu biasa2 saje...sengaja bikin gempak!! Layannnnn.....
Resepi Nasi Goreng Romantika
Nasi sejuk
2 keping dada ayam ( potong kecil2 )
1 biji telur
Ikan bilis (ditumbuk)
1 labu bawang besar ( ditumbuk kasar )
3 ulas bawang putih ( ditumbuk)
10 biji cili padi (ditumbuk)
1 inci belacan ( ditumbuk )
garam
serbuk perasa ( jika suka )
Cara penyediaan
1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi kemudian masukkan isi ayam. Kacau.
2. Bila isi ayam kecut dan masak masukkan telur kemudian kacau.
3. Masukkan nasi. Gaul dan masak nasi goreng hingga rata.
4. Sesuaikan rasa nasi goreng dengan garam dan perasa, bolehlah diangkat.
5. Semasa menghidang hiaskan dengan frankfutter dan timun ( jika suka ).
No comments:
Post a Comment