Thursday, November 3, 2011

Ayam tomato.... nasi planta


Apa khabar semua? Ramai yg tak sihat rupanya.... batuk2 dan demam selsema... alahai ada pulak yang sakit gigi yer....? kesiannya dia... bawalah berehat dan jangan lupa makan ubat yer... sihat nanti k.gee belanja makan nasi planta ayam tomato.... ok set!!


Semalam hb akak puasa... ada nazar lah tu... akak pon masak la nasi yg lain sikit dr kebiasaan... bukan nak bodek yer... saje layan tekak nih... balik aje dr opis terus gedebak gedebuk kat dapor.... zass!! sharp pukul 7.00 siap!! ayam tomato bersama nasi planta..... khas untuk hb yg berpuasa.... heeeee...


AYAM TOMATO
Sumber : MyResipi

Bahan-bahan


1/2 ekor ayam
sedikit garam kunyit

## Bahan-bahan kisar ##

4-5 biji cili padi (kalau tak suka pedas boleh kurangkan)
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato-potong dadu
1/2 cawan sos tomato

## Bahan Hias ##

1/2 biji bawang besar- potong bulat
kacang hijau secukupnya

Cara-cara 1.Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak 2.Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak. 3.Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan. 4.Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.
 

resepi nasi planta.... n3 esok pulak yer...

7 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam.Tengahari ni kak ros tak masak terus datang sini makan.

Gee® said...

Puan Ros >
Boleh aje... jamputlah...

Qhaifa Nur said...

aduh sedapnya...

Nurul said...

K Gee,
sedapppnya nasi planta n ayam tomato tu.. :)

Rabiatun Adawyah said...

Sedapnyer kak..budak2 mesti suka ayam tomato camni..

CT Delima said...

as'salam Gee

Pagi tadi dah masuk dok refresh 2-3 kali nak komen tapi tak boleh. last2 balik umah dengan hampanya.

masuk petang kena lagi tapi sekali jer terus boleh komen. sedap lauk, ada banyak lagi tak tu, nak sikittt..hehehe

Citarasa Rinduan said...

assalamualaikum..
kak gee..
serius nak kata., dah macam air tangan di Kenny Roger...
sungguh nampak menyelerakan..