Tuesday, November 15, 2011

Pengat labu


Pengat labu ini juadah pemanis mulut berbuka puasa semalam... 2,3 hari ini asyik makan labu jer... mula2 makan gulai lemak labu, lepas tu buat kuih bakar labu... lepas tu pengat labu pulak... nasib baik perut antarabangsa, kalau tidak... sah kena tidur bilik kecik...hehehehe....


Kali ini k.gee buat pengat labu bersama chacha... saje nak perabihkan stok chacha... sedap tau...!! kak gee memang fav kalau berbuka puasa makan manis-manisan... lebih2 lagi yang dah disimpan dalam peti ais... ermmmm sejuk jer tekak.... tak sedar 2 mangkuk sekali hadap.... heeeeee


Pengat Labu

Bahan-bahan


200g labu (dibersihkan dan potong dadu)
2 cawan santan pekat
10 gram chacha (celor dahulu biar lembut)
1 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 cawan gula merah
Sedikit garam
Daun pandan

Cara-cara

Masukkan semua bahan-bahan di atas, tinggalkan sikit santan pekat, kacau selalu supaya santan tidak naik minyak, bila dah mendidih akhir sekali baru masukkan santan pekat dan chacha yg sudah direbus tadi.  Sedia untuk dihidangkan.

6 comments:

Ida,Japan said...

slm k'gee...menu labu lg yer kak...sedapnyer pengat labu, sib baik kt sini jual labu yg dh siap potong 2 atau 4 dari satu biji, kalau idak jenuh la gak nk habiskn...good luck utk anak akak yg sedang b;juang dgn SPM tu yer

Liza said...

salam k.gee, liza xpernah buat lagi pengat labu ni, biasa buat sirolabu jer...

CT Delima said...

As'salam Gee

hahaha..gelihati pulak baca pasal bilki kecik ni. adoii..ingat ct jer yang perut antarabangsa, rupanya ada member..elok lah kan..haha


lama betul tak makan pengat2 ni Gee..rasa macam nak buat pengat tepung ngan pisang lah petang ni..hihi

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
wah pengat labu mmg best.. diana paling suka makan kalau bab labu nie.. x kira ler masak apa.. sedap sesgt...

cik cek said...

Memang kan Gee...kalau posa...bila lepas buka..mesti nak makan manisan2 cam ni kan...kalu tak posa kurang pulak rasa nak makan menu cam gini...

Nieza said...

sedapnya pengat labu kak ni...lama dah tak mkn nieza ni kalau mkn labu angin sikit perut x thn tapi tu la kalau ada dpn mata belasah juga...hehe