Sunday, November 6, 2011

Salam Eid Adha


Salam Eid Adha buat semua... kepada jemaah haji yang sedang menunaikan ibadah haji di kota Mekah al-Mukarramah semoga dapat menunaikan ibadah yang terbaik dan mendapat haji yg mabrur dan kepada mereka yang berada di tanahair selamat menunaikan ibadah korban... semoga kita mendapat manafaat dari ibadah yang kita laksanakan...


Kepada yang berada di cerok dapor tu... macam biasa lakasanakn tugas kita menyediakan juadah untuk keluarga dengan ikhlas... semoga air tangan kita menyumbang kepada keharmonian dan kasih sayang ahli keluarga...


Hari ini kak gee nak kongsikan kukis yang memang menu wajib dalam famili tiap kali raya... Biskut Pasir...
resepi turun temurun dari emak k.gee... ada juga yang memanggilnya Biskut Kerang... mungkin sebab rupanya menggerutu macam kulit kerang kot... heeeee



BISKUT PASIR


1 cawan shortening (lemak sayur)
1/2 cawan marjerin
1 cawan gula halus
1 1/4 cawan tepung kek (self raising)
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu serbuk koko
Tepung gandum (ikut lembut)
1 biji kuning telur

Cara :

Masukkan shortening, marjerin dan gula ke dalam mangkuk dan kacau rata. Tak perlu kembang sangat cukup sekadar rata dan sebati. Masukkan bahan2 yg lain kecuali serbuk koko. Jika adudnan lembik tambahkn tepung gandum. Uli hingga sebati. Bahagikn kepada 2 dan satu bahagian dicampurkan serbuk koko. Masukkan ke dlm acuan dan..... selamat mencuba ....

3 comments:

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
Salam Aidiladha buat akak sekeluarga... wah comelnya biskut tu akak... cantik sgt... nmpk sedap..

Juwita Jamaludin said...

salam kak gee.. selamat hari raya aidiladha.. cantik sangat nampak cookies ni..:)

Ida,Japan said...

slm aidiladha k'gee....sedapnyer nmpk kukis ni kak