Wednesday, November 23, 2011

Red velvet cupcake


Lama tak bersiaran... rindunya rasa di hati... kalau ikutkan, memang meronta-ronta nak mengadap lappy tapi apakan daya kesibukan yang teramat sangat tak sempat nak beriadah... musim2 hujan begini asyik sibuk menguruskan kain baju yg tak kering-kering... tangan pun tak kering-kering jugak...maklumlah dok melayan anak2 yg macam anak burung asik menganga jer molotnya... lapor la mak...!!!


Apa kata kita layan kek yang sangat sedap nih.... Kek red velvet... pertama kali tengok pon memang k.gee sudah teruja... mulanya pelik jugak bila semak resepinya ada letak cuka tapi dek kerana rupa parasnya dan warna merah mengancam tu terus simpan dendam nak buat kek nih... aww!!! pertama kali buat dan pertama kali makan.... pergh!! memang conpem sedap.... 5 bintang you!!


Siapa setuju dengan kak gee sila angkat tangan.... haaaa..... betul kan.... sedap sangat!!  Ok jom kita semak resepinya ... 

Resepi Red Velvet Cake
Rujuk :  Wana, Sumber : Citarasawan


Bahan A (di ayak bersama)

375gm tepung gandum
20gm serbuk koko
1 tsp baking soda (soda bikabonat)

Bahan B

170gm mentega (suhu bilik)
350gm gula kaster
2 tsp esen vanila
3 biji telur grade A

Bahan C

350ml UHT whiping cream/Yogurt
1 Tbsp cuka/jus lemon
2 1/2 Tbsp pewarna merah
(Satukan semua, biarkan selama 10 minit)

Topping Cream Cheese

250gm cream cheese (suhu bilik)
80gm gula aising
1 tsp esen vanila
180ml UHT whipping cream

Menghasilkan satu biji kek bersaiz 9" atau 30 biji cupcakes bersaiz sedang

Cara-cara :

1. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan loyang/cawan kertas.
2. Satukan bahan A, ketepikan.
3. Pukul bahan B hingga kembang, masukkan telur satu persatu di ikuti bahan A dan bahan C berselang seli. Pukul hingga sebati.
4. Sudukan 2/3 adunan ke dalam cawan kertas dan bakar selama 20-25 minit. Sejukkan dahulu. 5. Cream Cheese : Pukul cream cheese bersama gula hingga lembut, masukkan esen vanila dan whipping cream sedikit demi sedikit, pukul hingga bergaul rata dan tidak berketul.
6. Paipkan ke atas cupcake dan hias mengikut suka.


Haaa...apalagi...nganga lah... yummy!!

3 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Red velvet memang sedap.Part yang anak burung tu kak ros suka.Cuti skolah ibu2 jadi lagi sibuk kan?

Mieza said...

Kak Gee..sedapnya red velvet ni..mieza tak pernah wat cup RV cup cake lagi..selalu buat kek RV biasa je..buat cup cake lagi senang nak makan kan kak gee..cantik cup cake akak..suka dgn bunga2 kecil tu :)

Citarasa Rinduan said...

kak gee..
cantiknya,.
pandai kak buat..
sungguh ayu kalau depat. dah tempah untuk beri pada tuan rumah yang buat majlis besar2