Monday, September 24, 2012

Laksa siam... main campak-campak


Assalamualaikum.... salam siaran dan salam rindu dari k.gee... Baru 3,4 hari tak dapat bersiaran rasa macam sudah setahun lamanya... hampir bersawang dapor gee-hut ni kan... alahai... apakan daya kesihatan tidak mengizinkan dan kebusy an melanda diri... tapiiii.... eh! ada ke orang yang rindukan k.gee dan dapor gee-hut yang tak femes ni...? heeee....


Haisyyy... walaupun badan tidak sihat tapi tekak ni mengidam yang bukan2 jer... tetiba teringin nak makan laksa yang ala-ala mee kari... ituhari pernah terpandang kat dapur Ibundo...bila teringat balik terus terliur! Ermmmmm... sangat setuju dengan ibundo... memang tidak mengecewakan... sedapppppp.....!! 


LAKSA SIAM
Resepi asal : Dapur Ibundo

Bahan A.

2 bungkus mee kuning. Boleh juga diganti dengan mihun kasar
(k.gee guna spagheti belen masa raya tempohari)

1 kilo ikan sardin, direbus dengan 1 liter air dan diambil isinya. Isi ikan diblender dengan air rebusan. Tulang ikan diblender halus dengan air rebusan juga dan ditapis. Campurkan tapisan air tulang dan isi ikan yang telah diblender. Ketepikan.

3 batang serai dititik
5 helai daun limau purut (k.gee tak letak)
2 kuntum bunga kantan
3 tangkai akar daun ketumbar (k.gee tak letak)
2 sudu besar sos ikan
5 keping asam gelugur
1 biji kelapa diambil santannya.

Bahan B (dikisar halus)

20 tangkai cili kering (boleh ditambah kalau mahu pedas)
1 sudu teh belacan
3 tangkai daun ketumbar (k.gee tak letak)
4 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
6 biji buah keras (k.gee tak letak)

Cara:

Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga garing dan naik bau.

Masukkan ikan yang telah diblender. Masukkan lain-lain bahan A dan juga garam. Masak sehingga kuah agak pekat.

Hidangkan mee bersama bahan sampingan seperti taugeh, telur, timun, cili dan hirisan limau.



Tak payah pergi Siam kalau nak makan laksa ni kan Ibundo...
heeeee...

7 comments:

izahdaut said...

kak geeeee..
err sedapnya kalau dapat melahap 2 mangkuk, tapinyer ni mee laksa la ye, bukan mee karikan.. hmm menarik tertarik.. bila la rajin nak melaksa ni, kalau laksa yg putih tu saya mmg tak leh makan, bukan xleh tapi lepas makan satu badan sengal nak demam..haiyaaa.. tapi kalau guna mee selamat neh

Cheq Sue said...

idok le pernah dengar laksa siam ni kak gee... selalu dok laksa peneng aje. kalau ada masa boleh cuba jugak ni... sedap je nampak

Marsita Yahya said...

Salam perkenalan Kak Gee, tadi dalam MHI Tv3 cakap laksa adalah makanan ke 7 paling disukai di dunia surh=vey dari CNN. Tapi tak ckp lak laksa apa, mungkin laksa yang biasa tu kot @ laksa asam...laksa Siam ni cam laksa kelantan sbb guna santan.

nOOrsha said...

Amboi cmpak2 on ley jd laksa ni..terer2...sedap n menyelerakn:-)

CT Delima said...

As'salam gee

kalau bab2 laksa ni, tak kisah laksa dari mana sekali pun pasti ct makan tanpa segan silu memang favlah. Tapi lagi fav laksa Johor ler hehehe

Mas said...

hmm...campak2 pun dah nampak sangat menyelerakan...
meh la semangkuk kak...he3

rahel said...

Haiyoooo...menggiurkan...slrup...

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015