Thursday, September 13, 2012

Nyamankan tekak...


Mari...mari...mari... !!! mari kita dinginkan tekak yang sudah serak2 basah ni... batuk yer..? Alahai... ramainya yang kurang sihat habis musim raya ni kan... al maklumlah... musim raya musim pesta makanan... sana sini ada juadah segala bagai... yang pedas, yang manis, yang masin, yang lemak... pendek kata macam2 ada... Tekak pun apa lagi... tersiksa lah dia... kesian dia!


Apa kata, kepada yang batuk2 tu cuba minum madu bercampur air limau nipis... manalah tahu kot2 mujarab... sembuh batuk nanti bolehlah makan puding k.gee ni pulak... hehehe



Puding oren+kiwi ini k.gee buat sebab nak habiskan stok buah oren sunkist yang berlambak dalam peti ais tu... konon2 beli nak hidang kat tetamu tapi alahai... masamlah sangat... Itu yang cari idea nak perabih... last2 buat puding 3 tingkat ganding dengan buah kiwi yang sedap... resipinya  k.gee selongkar dapor Juwita di Jepun yang sudah lama menyepikan diri dan puding kiwi pulak selongkar di SINI... k.gee derhaka sikit ikut bahan2 yang ada di rumah... halalkan yer dan terima kasih... 


ermmmm.... gabungan yang serasi.... memang sedap... tak rugi buat...
cubalah...


PUDING KIWI
Sumber : Nisashoppe

Bahan-bahan:


serbuk konnyaku jelly 10g
gula 200g
air 650ml
* air 300ml
* buah kiwi - boleh tukar buah-buah lain juga
kisar kasar bahan-bahan bertanda *

cara-cara

1. campurkan sebuk konnyaku jelly dan gula, gaul sebati
2. masukkan air 650ml
3. masak api perlahan sampai mendidih
4. masukkan buah yang dikisar
5. kacau sebati dan tutup api
6. masukkan ke dalam jelly mould
7. sejukkan

PUDING OREN JELLY
Resipi asal : Juwita fariz
Lapisan Jernih

4 g serbuk agar-agar
500 ml air
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing-masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning

cara-cara

Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
ketepikan

Lapisan puding

4 g serbuk agar-agar
200 ml air
300 ml susu
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning

Cara-cara

Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan, susu, perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
Masak sebentar dan ketepikan

cara-cara untuk melapis.

sediakan bekas yang sesuai.

masukkan lapisan puding dahulu biarkan sejuk hingga lapisan tersebut keras kemudian masukkan lapisan jernih buat kaedah yang sama sehingga habis.

Boleh la disimpan didalam peti sejuk sehingga benar2 keras.
Jika ingin dipotong sila kurangkan kandungan air bagi jelly ini kerana jelly ini agak lembik.

5 comments:

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam k.Gee
amboi sedapnya tu, nyamankan tekak
suka sgt sy dgn kiwi fruit tu ym yum he he
cantik rupanya
header pun baru ye cantiklah

Anonymous said...

wah kak gee, lawanya puding tu

tergoda tekak tina nengoknya hehe

Mieza said...

salam sayang kak gee...terliur nye mieza tgk puding ni..gandingan yg memang besh oren dan kiwi...terasa je dingin menyusuri anak tekak...nak sepotong..

rahel said...

Gue tau..yang ni memang nyaman..ahhh segarrr...

zila norazila said...

salam syg kak gee..aiishh molek sungguh..menci betul la..goda2 kitaa..he hehe mcm nk buat jgk nie..:)

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015