Friday, September 7, 2012

Puding 'terover' oreo


Salam Jumaat yang indah... Moga hari yang mulia ini memberi keberkatan buat kita semua... lebih2 lagi kita masih berada di bulan Syawal bulan kemenangan, bulan barakah dan bulan silaturrahim.... Walaupun  Syawal sudah hampir ke penghujungnya tetapi masih ramai lagi yg ber'open house' kan...? syukur alhamdulillah... selain dapat menjamu selera ikatan persaudaraan dapat dieratkan lagi... subhanallah!!


Ok, jom cerita pasal puding oreo pulak... Kelmarin balik dari sekolah si eQa terus request nak bawa kuih ke sekolah untuk jamuan raya... puas fikir nak buat kuih apa yang sesuai dengan citarasa budak2... sambil2 fikir tu k.gee pon drive tru ke dapor kengkawan... haaa! tu dia... puding oreo pastinya digemari kanak2... apalagi... terus aje godek2... Terima kasih Ros Jintan Manis... sedap pudingnya... cuma k.gee terlebih oreo kot... gelap sangat...

PUDING OREO

Bahan-bahan ( dpt dlm 10-15 acuan jelly )
Resepi asal : Ros Jintan manis

1/2 paket agar-agar stripe atau ( 8 gram-1 paket serbuk agar-agar)
6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan)
2 cawan air
2 cawan susu segar ( kalau takde leh ganti dengan bancuhan susu pekat manis atau susu kacang soya)
1/2 cawan gula
1 ikat daun pandan
2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara

1. Rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus, kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama daun pandan. Biarkan agar-agar betul-betul larut.

2. Sementara itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, gula dan biskut oreo tadi, kacau sebati. Serbuk koko bancuh sedikit dengan 1 sudu besar air suam dan kemudian curah di dalam periuk agar-agar.

3. Setelah semua sebati, curah dalam acuan dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais, agar-agar akan menjadi dua lapis dengan sendirinya, kalau nak lapisan biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi.

4. Amat sesuai dimakan masa cuaca panas ataupun sebagai menu sampingan untuk anak-anak.



Selamat mencuba.

2 comments:

Mas Sani said...

puding terover oreo...mesti sedap ni!

Cheq Sue said...

dah gayanya macam rich choc pudding la kak... takpe, yang penting sedap!

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015