Assalamualaikum...
Salam Isnin semua... hari ini k.gee bersiaran nun jauh di atas bukit... bukan Bukit Pelindung tapi bukit tempat memetik buah strawberi dan daun teh.... ahaaaa... pastinya sudah boleh meneka kan dimana lokasinya... K.gee dan famili bercuti-cuti Pahang di Cameron Highlands...
Salam Isnin semua... hari ini k.gee bersiaran nun jauh di atas bukit... bukan Bukit Pelindung tapi bukit tempat memetik buah strawberi dan daun teh.... ahaaaa... pastinya sudah boleh meneka kan dimana lokasinya... K.gee dan famili bercuti-cuti Pahang di Cameron Highlands...
Cuaca di sini sangat sejuk... ditambah pula dengan hujan gerimis yang tak henti2 turunnya... terasa menggigit2 hingga ke tulang sum sum... Anak anak bukan setakat berbaju bulu malah siap berstokin kaki, tangan dan telinga... Paling tak tahan bila nak ke bilik air... macam air batu sejuknya... nak menaip ini pon tangan grrrr terketar2 kesejukan...
Sejuk sejuk pon tayangan amal tetap kena on jugak kann... Baiklah, sajian menu k,gee hari ini.. kek marble strawberi... kek ini k.gee buat beberapa hari sebelum ke Cameron Highlands...sejak plan nak ke Cameron ni asyik termimpi2 kan buah stawberi... ini yg buat kek strawberi walaupun tiada buahnya... hehehe... K.gee gunakan tepung kek span segera dan ditambah dengan perisa strawberi dan coklat... sengaja k.gee marblekan untuk kelihatan lebih menarik dan menyelerakan... Sebenarnya sudah banyak kali k.gee buat kek ini dengan rupa dan perisa yang berlainan... kalau sudi boleh lihat di SINI dan SINI yer... Layannnn
Kek MARBLE STRAWBERI
Bahan-bahan :
400 gm sponge cake mix
5 biji telur gred A
80 ml susu segar / air
1 sudu kecil esen strawberi
80 ml minyak jagung
1 sudu kecil coklat emulco
Cara-cara :
1. Sediakan acuan bulat 9 inci yang digris butter dan dialas dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Masukkan tepung adunan pek segera yang diayak dalam mangkuk adunan. Tambahkan susu dan masukkan telur satu persatu dalam adunan tepung sambil diputar dengan kelajuan sederhana selama 4 minit hingga kembang dan gebu.
3. Telur dimasukkan sebiji-sebiji. Setiap sebiji telur diputar dalam 20 saat baru dimasukkan lagi sebiji.
4. Bila adunan dah kembang dan gebu masukkan minyak perlahan-lahan sambil diputar dengan kelajuan rendah selama 1 minit sehingga ringan dan kembang.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, satu dimasukkan coklat emulco, satu lagi esen strawberi dan pewarna merah jambu dan satu lagi dibiarkan warna plain.
6. Masukkan adunan plain berselang seli dengan adunan coklat dan strawberi. Ambil pisau plastik atau lidi sate dan corakkan bentuk marble.
7. Bakar pada suhu 180C selama 45 - 50 minit atau sehingga masak. Suhu bergantung pada oven masing-masing. Uji kek dengan mencucuk lidi sate bila lidi keluar bersih kek dah masak. Sejukkan kek atas redai kek dahulu baru dipotong.
Selamat menikmati kek strawberi yer... hehehe
11 comments:
salam k.gee,
kami dah naik bukit tu mnggu lepas....hehe....time tu pgi cuaca ok....ptng je la ujannya.....
Senang juga keknya sbb pakai tpung sponge tu kan....bole cuba nie....
Gorgeous cake dear! Warna warni...sungguh menggoda!
Nak stroberi sikitttt ;)
As'salam Gee, wahh memetik buah stroberi jangan habiskan ya, tingalkan untuk ct juga. sedap kek menjamu selera diatas gunung ker bukit hehehe
salam Kak Gee...emm syiok nyer kutip buah strawberi..kek pun cantik & gebu.
musim hujan ni memang syok ler pegi cameron yg tentu2 dingin je kat sane..
alahaiiii kek tu betul2 goda tekak mas...cntik, gebu..geram je mas tgk..ni semua la ni nk gie cameron petik strawberry hehehe....
assalam kgee
wah bestnya menyejukkan diri di CH
he he memang la best nak lg dpt petik strawbery sendiri
bawa byk2 strawberry balik nanti ye
Amboi kak gee, sejuk sejuk ni ada kat kameren gitew. Selamat memetik stroberi ye...
Salam kak gee.. seronoknya berholiday.. tun nx week baru stat cuti, xtau nk gi mana lg..
cantik kek marble akak, sweet je kaler dia.
Sedapnya nampak kek yang Gee buat ni. Nanti mama nak cari dalam gobok Doremon mama, ada tak tepung sponge mix... :) Tq Gee for sharing...
Lama sangat tak ke Cameron Highland...
Cantik kejdian kek marble strawberry tu....
amboii kak gee nk join kesana..he hhee aritu hubby nk sgt kesana..tp cuaca time tue x elok..kami btlkan jew la..trus blk jb..kek marble tue nampak sedap..ada garing2 atasnya lg..color pun cantik:)
Post a Comment