Thursday, September 12, 2013

Kuih Lapis Ombre


Salam sejahtera dan salam sayang buat pengunjung dapor gee-hut... Hari ini tayangan amal kuih lapis ala-ala ombre yer... asalnya nak membaking kek ombre macam kat Dapor Ibundo tu... tapi bila encik hb komen kerap sangat buat kek sampai dah buncit perutnya dek kena dera perabihkan kek yang tertonggok atas meja... terus tak jadi membaking... merajuk sekejap... huhuhu...   
  

Tapi merajuk sekejap jer... ala-ala mengada gitu... ahai! sudahnya kek bertukar jadi kuih lapis ombre... encik hb tak marah kan..? hehehe... sayang awak! kebetulan ada stok tepung kacang hijau baki buat koleh kacang di bulan puasa hari tu... tak tahu nak buat masakan ape... k.gee olah-olahkan dengan tepung beras dan tepung gandum dan jadikan adunan kuih lapis... menjadi ke nih? suspen jer bimbang kuih jadi hampeh... tapi alhamdulillah.... bila sudah siap kuihnya.... wow...! heaven ko...!! memang sangat sedap! yahoo.... misi berjaya!     




KUIH LAPIS
Resepi : gee-hut

Bahan-bahan:

1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung kacang hijau 
1/2 cwn tepung gandum
1 cawan gula pasir
4 cwn santan..tambah jika perlu
1 camca teh garam
Pewarna ungu ( atau warna yang digemari )
1/2 camca teh esen ros atau keladi (jika suka)



Cara-cara:


1. Panaskan kukusan. Sapukan loyang (8 inci/20 cm) dgn sedikit minyak. Masuk loyang dlm kukusan.

2. Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna dan esen.

3. Tapis adunan dan bahagikan kepada 4 bahagian.

4. Satu bahagian warnakan ungu dengan 1/2 camca teh pewarna ungu, satu bahagian lagi tambahkn 8 titis warna ungu, satu lagi 4 titis warna ungu dan satu bahagian lagi tanpa warna.

5. Masukkan lapisan demi lapisan. Setiap lapisan dikukus selama 6min hingga 8min atau hingga masak baru tindih dgn lapisan seterusnya. Lakukan hingga habis.

6. Selepas masukkan lapisan terakhir, kukus sehingga 20 minit.

7. Angkat dan sejukkan baru dipotong dan hidangkan.



Taraaaa.... kuih lapis ombre...
cubalah....

17 comments:

Unknown said...

menarik...pandai ambil gambar..menjadikan kuih tersebut lg bertambah sedap

ady said...

salam
mmg cantik warna kuih lapis ombre ni..
░░░░░░░░░░░░▄▄
░░░░░░░░░░░█░░█
░░░░░░░░░░░█░░█
░░░░░░░░░░█░░░█
░░░░░░░░░█░░░░█
███████▄▄█░░░░░██████▄
▓▓▓▓▓▓█░░░░░░░░░░░░░░█
▓▓▓▓▓▓█░░░░░░░░░░░░░░█
▓▓▓▓▓▓█░░░░░░░░░░░░░░█
▓▓▓▓▓▓█░░░░░░░░░░░░░░█
▓▓▓▓▓▓█░░░░░░░░░░░░░░█
▓▓▓▓▓▓█████░░░░░░░░░█
██████▀░░░░▀▀██████▀

Gee® said...

Mekacih izan mama mia...
Mekacih ady...

fazianbatrisyia said...

cantiknyeeeee....sib baik br mkn kuih lapis bekpes tadi...yg merah belang putih tu le...

asyifamustaffa said...

sedapnya kuih lapis...lama x makan...
nmpk sedap.kaler pun cantik...!

Qhaifa Nur said...

cantik lapisannya...
kalau makan suka buka satu satu lapisan...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Warna cukup menggoda akak... apa lagi rasa nak makan jer ni... hulur sepotong boleh ehe :)

Anonymous said...

Cantiknya ombre dia kak gee

Sweet red cherry said...

cantik kaler ombre tu kak..menarik kuih lapis tu..

tun_telani said...

mmg 2 thumbs up kat cantik dia tuuu.. sayang nk makan..

Amie said...

Merajuk2 sayang tu Gee ha ha ahhaha... tabik spring 20 X kat gee sebab kek tu cantik sangat, warnanya menawan!

Suzana Ibrahim said...

cantik dan sungguh kreatif!

Unknown said...

Gee...ombre tu hape?? sori ketinggalan akak ni. Cantik kaler purple tu.

Unknown said...

sangat cantik kaler ombre tu Gee akak likeeeeee

whitecappuccino said...

Oh! Sungguh cantik dn menarik warnanya

whitecappuccino said...

Oh! Sungguh cantik dn menarik warnanya

chea said...

boleh bg contoh gambar tepung kacang hijau tak?

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015