Saturday, November 12, 2011

Da bom...!!


Apa aktiviti di hari cuti ni yer? Sehari dua lagi SPM bermula... kepada ibubapa yang ada anak2 yg akan menduduki peperiksaan tentu sedang resah gelisah... biasanya ibubapa lebih gelabah dan kecut perut berbanding anak yg akan menghadapi kertas soalan... InsyaAllah sama-sama kita doakan kejayaan mereka...


Untuk sarapan hari ini k.gee jamukan kuih bom kacang hijau...


KUIH BOM KACANG HIJAU


Bahan-bahan doh:

2 cawan tepung pulut
2 sudu makan tepung gandum
1 cawan air pandan
Sedikit garam
1 cawan bijan
Pewarna hijau
Minyak utk mengoreng

Bahan-bahan inti:

100 gm kacang hijau
1 cawan kelapa parut
60g gula merah
20g gula pasir
50ml air
1 sudu tepung gandum

Cara-cara

1. Rebus kacang hijau sehingga kembang dan empuk.
2. Masukkan kelapa parut, gula merah dan gula pasir.  kacau rata. 
3. Tambahkan sedikit tepung gandum supaya inti menjadi pekat dan senang dibentuk.
4. Angkat dan sejukkan. Bentukkan bulat2 dan ketepikan.
5. Dalam mangkuk besar, gaul tepung pulut, tepung gandum dan garam
6. Masukkan air pandan sedikit demi sedikit dan uli menjadi doh
7. Ambik sedikit doh, bentukkan bebola dan leperkan sedikit
8. Bubuh inti ditengahnya dan tangkupkan semula
9. Golek bebola dengan bijan supaya elok melekat
10.Masukkan minyak yg banyak dalam kuali dan gorengkanlah kuih bom hingga kekuningan



Jom layan kuih bom ke babom..!!

5 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam jie,Kalau rumah kena bom dgn benda-benda macam ni ,kita rela kot....jangan yang meletup dah.

Liza said...

salam kgee...dah lama bebenor Liza xmkn kuih ni...sedapnyaaaa

Qhaifa Nur said...

sedap betul namanya....
suka gak kuih ni...

cik cek said...

Cantik molek je kuih bom ni...kaler hijau lagi...sedapnya...:D

Unknown said...

assalam kak, menariknya tgk kuih bom colour hijau ni...lum pernah rasa lagi..:)

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015