Sunday, May 20, 2012

Bubur 3 in 1


Aummm...cak!! salam siaran semua kakak2 dan adik2 yg sudi singgah ke blog k.gee ni... weekend baru ini k.gee kesibukan yang teramat... bila hb tiada beginilah selalunya... tugas2 menghantar dan menjemput anak kenalah dipikul pula... letih memang letih tapi apa yang penting.... k e r j a s a m a..! betul betul betul... kerjasama dan tolak ansur amat penting dalam kerukunan dan keharmonian rumahtangga....barulah hidup bahagia dan sejahtera... betul gitu?? 


Macam bubur k.gee hari ini...  kerjsama 3 beradik dalam 1 mangkok... yang sulung namanya keledek, yang tengah namanya jagung dan yang bongsu namanya sekoteng.... heeeee mereka hidup aman bahagia...


BUBUR CHACA MERBA

Bahan-bahan


1 tongkol jagung manis mentah - dihiris
2 ketul keledek oren - potong dadu
1 cawan sekoteng - rebus hingga lembut dan tos
1 cawan gula
1 mangkuk santan (+-500 ml)
2 sudu gula merah
Secubit garam
Sehelai daun pandan

Cara-cara


Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Pastikan api sederhana da sentiasa dikacau.
Siap untuk dihidangkan. Sesuai untuk hidangan minum petang.




sedap juga kalau didinginkan dalam peti sejuk dahulu sebelum dihidangkan...
mmmmm... nyaman....

5 comments:

Mieza said...

Salam kak gee..mieza datang nak makan bubur ni..dah siap bawa mangkuk sendiri sebab tanak susahkan kak gee kena basuh mangkuk nanti..buat berbuka posa sedap ni kak bubur ni :)

hazila said...

Kita dah lama dok mencari skoteng ni...

CT Delima said...

As'salam Gee

Amboiii bubur 3 beradik pulak ya, nasib baik bukan 7 beradik hehehe.

Lama juga tak mengunakan sekoteng tu. masih ada berbaki dalam botol simpanan ct tu Gee :)

ibundo said...

gee, yang caca merba ni yang sedap ni gee. Dsapat semangkuk minum petang ni hmm alahai..

zila 4ever said...

x pernah lg jumpa skoteng nie kak gee..3 bradik yer..h ehehe sedappp tue:)