Sunday, May 27, 2012

Piza instant cuti sekolah


Cuti sekolah pertengahan tahun sudah bermula... riuh rendah rumah dengan hiruk pikuk suara anak2... macam2 watak ada... macam2 drama ada... sang ibu seperti biasa menjadi pelakon utama aka heroin di pentas dapor... setiap hari pon memang itulah watak yang selalu ibu mainkan...diva dapor kan...kann !! hehehe.....


Sajian pertama cuti sekolah dari dapor k.gee adalah piza instant... hisyyy bukan piza-hut yer tapi piza gee-hut tau... 


K.gee beli roti pita dan godek2 toppingnya ikut citarasa anak2... buat yg simple janji anak2 suka makan... sempat juga k.gee tapaw ke ofis 4 keping untuk kengkawan... sebenarnya dah selalu k.gee buat piza guna roti pita ni, senang dan cepat siap... rasanya pon lebih kurang crust piza yg ori juga... kalau tak percaya, cubalah.... !!



Anak k.gee siap pesan... pastikan parutan cheese yg banyak yer mak... baru yummy!!


PIZA (gee-hut)

10 keping roti pita
Bahan sos :

25gm campuran rempah piza } boleh beli di kedai barang2 kek
200 gm paste tomato (k.gee guna jenama Leggos)
30 gm gula } campur, gaul sebati & perap 4-5 jam

- kalau tak ada rempah piza boleh buat sendiri sos seperti di bawah...

1 1/2 sudu minyak zaiton
1 biji bwg putih
1 biji bwg besar
200 gm tomato paste
1/2 sudu gula
garam secukunya
1 sudu kecil oregano
3 helai daun bay

Bahn topping:)

1 sudu minyak zaiton
1 ulas bwg putih - cincng
5 ekor isi udang
sedikit lada sulah

~ panaskn minyak tumis bwg putih, udang, lada sulah

2 batang sosej - potong kecil
100 gm nenas kiub
5 biji cendawan butang - ptg nipis
Lada benggala hijau & merah - potong memanjang
2 btg crab stick - potong nipis
100 gm keju mozarella - parut

  1. Susun roti pita.  Sapu kan permukaan dgn sos piza tadi.
  2.  Letakkan topping pilihan.
  3.  Akhir sekali baru taburkan cheese sebanyak yg anda suka.
  4. Bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 10-12 minit atau sehingga piza garing dan cheese telah cair.


silakan....


3 comments:

mama sara nur said...

assalam
salam singgah
sedapnya pizza yg jadi kegemaran anak2 nak2 pulak hari ahad anak2 ada kat umah mesti lapar je kan he he kalu wat pizza mesti lah habis ni

laskar pelangi said...

salam.roti pita tu mana nak cari ek? memang dah ada jual kat kedai ek??

Gee® said...

mama sara nur >
hehehe...kalau anak2 suka makan memang berbaloi la buat piza kan mama...

laskar pelangi >
kalau di Kuantan ni roti pita ada di bakeri di pasaraya Giant dan Carefour...