Ini kek ke apam? Ya ampunnnn! k.gee derhaka memandai ubah nama kepada apam pisang sedangkan nama asalnya steamed soft banana cake... ow! ow! I'm sorry... sebenarnya kek buatan k.gee ini tak berapa soft, itu pasal k.gee ubah sikit namanya.... hehehe jangan marah yer tuan empunya resepi... Kepada Aunty Yochana, Noreen-homecooking dan Ayu singapore terima kasih sebab menginspirasikan kek yang sedap ini.... walaupun hasilnya kurang gebu tapi rasanya tetap sedap... Izinkan resepinya dikongsi di sini ya....
APAM PISANG (Nama asal Steamed soft banana cake)
by : aunty yochana
sumber : ayu singapore, noreen homecooking
Ingredients (A):
200 gm. mashed banana
1/8 tsp. vanilla essence
1 tsp. Bicarbonate of soda
a pinch of salt
Ingredients (B):
3 small eggs
100 gm. brown sugar
100 gm. pao flour / Hong Kong flour / superfine flour
1 tsp. Baking powder
65 gm. cornoil
TOP LAYER:
2 eggs
60 gm. sugar
25 gm. water
65 gm. pao flour / Hong Kong flour / Superfine flour
Method:
(1) Mix all the ingredients (A) together and set aside.
(2) Whisk eggs and sugar together till flurry, add in flour and baking powder and mix till well combined. Add in mashed bananas mixture and cornoil and stir till well combined.
(3) Pour into a greased and lined loaf pan and steam for 15 to 20 mins till cooked.
(4) For topping: Whisk eggs and sugar till fluffy, add in water and flour and mix till well mixed. Pour on top of steamed banana cake and steam again for another 15 mins. or till cooked.
(5) Serve
In Malay
Bahan2 A:
200gm pisang yang telah dilecek - dalam 2 biji
1/8 camt esen vanila
1 camt soda bikarbonat
secubit garam
Bahan2 B:
3 biji telur saiz kecil
100gm gula perang
100gm tepung pau/tepung hong kong/tepung superfine
1 camt baking powder
65gm minyak jagung
lapisan atas:
2 biji telur
60gm gula pasir
25gm air
65gm tepung pau/tepung hong kong/tepung superfine
cara:
1. campurkan kesemua bahan2 A ke dalam mixing bowl dan gaul rata. ketepikan
2. pukul telur dan gula dengan whisk sehingga kembang dan masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak. gaulkan sebati
3. kemudian masukkan pula pisang dan minyak. gaul rata
4. tuangkan adunan ke dalam tin kek yang telah digris ataupun tuangkan ke dalam muffin cases yang telah disusun di dalam muffin pan. kukus selama 15 - 20 min atau sehingga masak
5. untuk lapisan atas - pukul telur dan gula dengan whisk sehingga kembang, masukkan air dan tepung. gaul sebati
6. tuangkan ke atas lapisan bawah yang telah dikukus tadi dan kukus selama 15 min lagi atau sehingga masak
7. biarkan sejuk dulu barulah dipotong dan hidangkan
sila lah...
8 comments:
Salam kak gee cantiknya kejadian kek tu..:) lawa dula tgk.. Gambar akak pun cantik
Salam kak gee.. nmpk sgt gebuu!!! mmg kejadian nmpk mcm apam, bkn kek.. dh lama x beli pisang.. tiap2 kali tgk kek pisang sure terliur.
wallaaa..sedap tu pekena teh panas..
asslm Kak G...mnarik ni..igtkan kek td...rupanya apam pisang...suka tgk..berkenan la pulak utk dcuba ni..kreatiff
cantiknya kek tu k gee...sy minat apa2 yg berpisang2 ni...
assalamualaikum kak gee..kite sampai skrg masih tak tahu nak beza kek dengan apam. memandai sesuke hati kite je kalo nak letak nama tu. hehe
Salam kak,
kalau berkait dengan pisang ni, memang tak nafi keenakannya ..nampak cantik kek yg akk buat tu, terasa2 kat tekak dah ni..
salam kak gee
nampak sangat cantik & mesti sedap kan
Post a Comment