Selamat pagi semua... sarapan apa yer pagi Selasa ini...? K.gee teringin nak makan karipap tapi malas nak menguli tepung.... balik dari ofis semalam beli bahan-bahan inti karipap dan kulitnya k.gee guna puff pastry jenama kawan... taraaaaa..!!!! jadilah karipap versi malas.... hehehe
Karipap bakar ini sedap dimakan panas-panas tau.... krap krup krap krup rangup kulitnya... sedar tak sedar habis 3 ketul masuk mulut... syukur alhamdulillah... kenyang perut...
PUFF INTI KARIPAP
Sumber : Teratak Impian
BAHAN-BAHANNYA :
1 bungkus puff pastry jenama "kawan"
1 biji telur - kuning sahaja untuk disapu
BAHAN INTI :
3 biji kentang, kupas dan dadu kecil
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar serbuk kari ikan
Sedikit cili kisar
1 cawan air
Beberapa helai daun kari
garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :
UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan daun kari hingga wangi, masukkan bawang putih, kacau rata dan tuang sedikit air. Masukkan rempah kari dan masak hingga garing,kemudian masukkan serbuk lada hitam dan kentang , kacau dan tambah air. kecilkan api dan masak hingga kentang empuk. Akhir sekali masukkan crab stick dan sedikit garam secukup rasa, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Sejukkan inti sepernuhnya...
UNTUK CURRY PUFF :- Ambil sekeping pastry puff (berukuran 4 x 4 inci), potong dua, isikan inti pada satu bahagian puff, dan bahagian satu lagi dikelar tapi jangan putus. Letak atas inti tadi dan tekan tepinya dengan garfu supaya melekat dengan pastry bahagian bawahnya. Alihkan ke dalam loyang pembakar yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Buat hingga siap. Sapu kuning telur pada permukaan pastry . Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 25 minit. Kalau oven ada fungsi kipas, boleh gunakan untuk membakar. Sejukkan atas jaringan.
10 comments:
salam syg kak gee
mmg krupp krappp..sedappp..zila pun ada lg keep stock kawan brand kt umah tue..bila rasa2 teringin mmg trus buat..pas tu buh tuna ayam brand jew wt inti..:)
Selamat pagi Kak Gee..
sedapnya puff di makan panas2 gitu...gue suke la..
dapat makan rangupnya....
apatah lagi makan panas-panas....
Assalam Gee.
Sedapnya buat minum petang.
salam kakgee.. mcm susahla nak buat.. huhuhuhu.. tp kalau dh buat mesti jd senang kan?...
ada puff pastry kawan dalam peti ais dah lama dah tapi tak berbuat-buat. Bilalah tiba rajin bundo ni agaknya...
Salam Gee, setujuuuuuu... memang sedap ni! Minta kopi secawan....hehe
Salam. Sedapnya puff ni.. rajin kak Gee.. :)
bestnyer mkn puff yg rangup tu kak..kat sini tak berani nak beli pastry puff yg segera sebab ada kandungan yg tak halal utk dimkn.
nyum2..sedapnye kak, suka sangat..
Post a Comment