Salam rindu dan salam sayang buat semua... Kebelakangan ini k.gee agak sibuk dengan tugas2 rasmi di pejabat dan tanggungjawab di rumah... Kalau diikutkan hati memang meronta2 nak mengadap blog setiap hari dan bw ke dapor kawan2 tapi apakan daya... K.gee kena hantar dan jemput anak pergi trainning SUKMA setiap hari dan malamnya hantar dia balik ke kolej... hampir 100 km perjalanan pergi balik.... letih memang letih tapi demi minat dan masa depannya kenalah kita berkorban sikit kan...
Dalam kesibukan begini aktiviti memasak agak slow sikit. Apapun, memasak memang minat k.gee... heeeee.... Kuih bakar comel ini k.gee buat untuk sarapan pagi Sabtu lalu.... Biasanya buat dalam acuan besar dan masak dalam oven tapi kali ini cuba acuan kecil dan masak atas dapor gas saja... cepat siap dan sedap bila makan yang berkerak dan hangus tu, garing jer kan....
KUIH BAKAR COMEL
2 cawan tepung gandum
4 cawan santan
1 cawan air daun pandan
1 cawan gula
2 biji telur
Secubit garam
Minyak untuk disapu pada acuan
Cara : Satukan semua bahan kecuali minyak dan kacau rata. Tapiskan. Panaskan acuan dengan sedikit minyak, tuang bancuhan dan biar masak 10-15 mint. Bila sudah masak dan garing, angkat dan hidangkan.
4 comments:
As salam K.gee,
patut ler lama x nmpk..skali kuar dgn kuih bakar comey dia gitu...! mmg comel lah ! nie sekali makan jer dah abis nie.....hehe....
kecik2 jew snang nk makn tu kak g:)
kemain comel kuih bakar ni, elok2 terus masuk molot je kan..hehe..
Sha suka kuih ni suka sangat.. bau pandan tu harum aje.. waduhhh nak kena buat ni.:)
Post a Comment