Wednesday, June 13, 2012

Rules of third?


Salam Rabu... Hari ini k.gee tak ada menu masak-masakan tapi k.gee nak kongsikan info berkenaan fotografi walaupun k.gee bukan pakar bidang ini... sekadar berkongsi maklumat yang k.gee 'terjumpa' di SINI sewaktu merayau-rayau mencari resepi kelmarin... K.gee kalau bab 'menembak' ni memang main hantam saje... klik sana klik sini janji dapat buat entri... kadang2 tu dekat 100 das peluru untuk menghasilkan sekeping gambar yg cantik di mata sendiri... mata orang lain tak tahulah.... hahaha....  memandangkan blog k.gee bukan blog komersial, sekadar memenuhi minat sendiri dan berkongsi pengalaman di dapor jadi cukup sekadar apa yang ada sajalah kan... harap2 peminat k.gee (ops! ada peminat ke?) berpuashati dan terhibur dengan persembahan k.gee selama ini yer.... terima kasih kepada yang sudi....  

Baiklah, info kali ini k.gee ambil dari nuristimewa dan k.gee panjang2kan di sini.  Harap empunya info halalkan yer... Ini sekadar untuk rujukan k.gee bila diperlukan.... Jom..!



Bila kita mengambil gambar, kita biasanya akan meletakkan subjek dibahagian tengah seperti gambar pertama dibawah.



Cuba lihat perbezaan gambar pertama diatas dengan gambar kedua dibawah ini pula…


—'Rules Of Third': Subjek difokuskan pada salah satu dari 4 titik garis pertemuan.

Gambar yang kedua ini kelihatan lebih kreatif, bukan? Inilah gambar yang menggunakan teknik ‘Rules Of Third‘. Dimana teknik ini dapat menyerlahkan lagi kreativiti kita dalam mengambil gambar. Untuk menangkap gambar dengan menggunakan teknik ‘Rules Of Third‘ ini, kita hanya perlu membayangkan ‘viewfinder‘ dikamera kita mempunyai garis grid 9 kotak seperti gambar pertama dan gambar kedua diatas. Kemudian fokuskan subjek yang hendak kita snap pada salah satu garis pertemuan pada garis grid itu. Contoh seperti gambar kedua di atas.

Seperti yang kita sedia maklum, kamera kita (kamera digital atau kamera handphone) yang mempunyai fungsi ‘auto fokus‘ biasanya akan memfokus subjek yang berada ditengah. Agak sukar untuk kita fokus subjek yang hendak kita snap bila kita meletakkan subjek disebelah tepi seperti apa yang kita bayangkan dalam teknik ‘Rules Of Third‘. Jadi, jalan penyelesaian yang boleh kita buat adalah dengan mengunci fokus subjek yang hendak kita snap. Caranya;

~ Fokuskan subjek yang hendak kita snap ditengah ‘viewfinder‘. Kemudian tekan separuh butang ‘shutter’ dikamera yang digunakan. Kita akan nampak kamera kita memfokus subjek yang hendak kita snap.

~ Selepas itu (tanpa menekan habis atau melepaskan butang shutter kamera), ubah posisi subjek tadi dengan meletakkan subjek pada posisi teknik ‘Rules Of Third‘.

~ Sudah mendapat posisi ‘Rules Of Third‘, tekan habis butang shutter kamera untuk snap gambar subjek tersebut dan lihat hasilnya.

Ok, Itu saja~ Selamat Mencuba!

Terima kasih kepada penyumbang info ini.... Akuro Matsuzawa


6 comments:

izahdaut said...

Kak geeee.. Bagus info ni.. Kadang saya pun main hentam je. Suke baca tapi kdg nakpraktik tu tekial2 gak. Kene rajin la pokok pangkalnya kan kak gee..

Kak gee miss u tooo.. Yg baju kurun tu, saya pasti muat tuk 7 tahun. Bukan pe, untuk budak 3 tahun pun budak 4 tahun leh pakai. Nanti kalu kak gee beminat saya ukur inci baju kurung tu siap2. Tq :-)

ibundo said...

hehe kebanyakan kita ni tangkap gambar hentam keromo je kan?

Asyifa Mustaffa said...

nice info kak...
sy selalu main hentam jer ambik gmba...hahaha....

Nuwairani Ismail said...

pernah belajar basic ni masa amik degree dulu best sangat!

Shahriah Abdullah Novelis said...

Tq so much Kak Gee.. berkongsi ilmu...:))

anymz said...

akak selalu main hantam je gee..selalu nak kejar masa je kononnya lah..selebihnya mmg buta kamera..hehe
tq for the info ya gee