Wednesday, June 27, 2012

Paratha gulung


Seronoknya bercuti... boleh relaks boleh lepak boleh tidur sampai tengahari.... yeeeehaaaa...!!!! dan yang paling penting boleh mengadap lappy 24 jam.... seronoknyaaa... kepada yang sedang bekerja tu... Selamat menjalankan tugas dan ikhlaskan diri anda.... sesungguhnya ada nikmat yang Allah sediakan...InsyaAllah  


Sambil berlepak-lepak di rumah, k.gee sediakan sarapan yang agak ringkas...  k.gee beli roti paratha segera, goreng, lapiskan dengan telur dan gulung... lepas tu cicah bersama kari dhal... ermmm yummy!! Yang penting senang, ringkas dan menepati selera sekeluarga....




PARATHA GULUNG
sumber : K.Zai, olahan : gee-hut

Bahan:-


5 keping frozen plain paratha
5 biji telor - dipukul sedikit
sedikit daun bawang - hiris halus
1/2 biji bawang besar - hiris
1 biji cili merah - hiris
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-Cara:-

Panaskan non-stick pan dan letakkan beberapa titis minyak dan goreng paratha hingga sedikit garing kedua2 belah. Buat hingga siap dan ketepikan.

Dalam mangkuk lain, campurkan telor bersama bawang, daun bawang, cili dan garam. Kacau rata.

Gunakan pan yang sama tadi, letak sedikit minyak dan tuangkan 3 sudu besar adunan telor, biar adunan membulat dan tekapkan segera paratha yang telah digoreng tadi.

Masak lebihkurang 2 minit dan bila adunan telor telah melekat pada paratha, angkat ke dalam pinggan leper. Buat hingga habis.

Gulungkan terus ketika masih panas. Potong sebesar 1 1/2 inci dan atur dalam pinggan. Hidangkan bersama kuah kari kegemaran dan sedap dimakan ketika panas2.
 


yummy!



7 comments:

Nuwairani Ismail said...

simple! tak pernaqh terfikir pun nak buat mcm ni

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualalkum kak Gee..

Wah ringkas jer. Yg penting sedap ni kak.

Sambal jantung pisang akak tu pun nampak best.. Suka jantung pisang...

Asyifa Mustaffa said...

Salam K.Gee,
alalaaaa...rajinnya akak mengulungnya...tp kretip tu...:)

hazila said...

Sedapnya kuah dal... Tapi kalau beli ada yg masak sampai hancur.

Rohah said...

senang masuk mulut ni kak, maunye laju je kalau ada terhidang depan mata saya...makan sambil santai2..

norhanim md zain said...

sedapnya..terliur tengok kari dal tu..cantik gambar :))

ibundo said...

nak dua tiga ketul gee. kalau ada lagi la..