Thursday, February 21, 2013

Kuih getas


Kuih getas atau getas-getas ini kuih orang lama.... emak k.gee memang sukakan kuih ini.  Dulu k.gee pernah buat kuih ini dan tiap kali digoreng pasti kuihnya meletup dan pecah.... terpaksa bersilat depan kuali... sehingga kekadang tu naik menyampah buat kuih ini... dan satu lagi kelemahan k.gee time nak menyira kuih ini... Tapi selepas dapat talian hayat dari dapur Bdaria k.gee sudah tahu tips dan petua supaya tidak meletup dan bagaimana nak menyira gula... terima kasih Bdaria...



Kuih ini sangat mudah menyediakannya dan ringkas saja... nak buat sarapan pagi pun boleh minum petang pun boleh... cuma kalau yang bergigi palsu tu kena lah berhati-hati sikit sebab kuih ini liat sikit... bimbang tercabut pulak gigi tu nanti... hehehe


KUIH GETAS-GETAS
Resipi : Bdaria

Bahan-bahannya:-

250gm tepung pulut
20gm tepung gandum
150gm kelapa parut putih/kelapa parut muda
130-150ml air (jangan terus tuang semua, tuang sikit-sikit dulu)
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng


Cara-caranya:-

Satukan kedua-dua tepung dan kemudian masukkan kelapa parut serta garam. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan ia tidak terlalu lembik sangat.

Biarkan sebentar selama 10 minit

Buatkan bulat-bulat kecil dan kemudian leperkan sama ada ia berbentuk lonjong atau leper. Mak saya akan canai atas dulang dan kemudian potong segiempat. pastikan anda sapukan sedikit minyak ditangan anda apabila hendak memegang doh dan menyapu minyak atas dulang apabila hendak meletak doh supaya tidak melekat.

Panaskan minyak dengan api sederhana.

Apabila agak panas, goreng kuih sehingga kekuningan

Pastikan anda sentiasa balik-balikkan kuih supaya tepung tidak mengelembung dan pecah

Bila dah kekuningan, angkat dan toskan dengan tisu masakan.

Ini pula adalah cara untuk menyira gula. Bagi yang baru pertama kali belajar untuk menyira gula ia adalah sesuatu yang agak sukar. Mungkin bagi anda yang sudah mahir........ianya adalah mudah. Saya pernah berjanji dengan salah seorang pembaca blog ini untuk menunjukkan cara-cara menyira gula. Saya harap penyampaian saya nie anda akan faham.....saya buat yang termudah yang boleh saya fikirkan kerana saya juga tak pandai bab-bab menyira gula nie. Masa belajar dengan mak dulu nak tau dia kata apa.....cuba hang tengok buih-buih tu kalau banyak buih tu makna nya pekat dahlah tu....cuba hang angkat gula tu kalau dia turun bertali maknanya pekatlah tu.....puas lah saya tengok buih gula....sama je pada mata saya tak dak beza pun....saya cuba titiskan air gula tengok, dia tak bertalipun turun...... masa bila nak turun bertali?......confuse.....tanya banyak kali karang kena marah sebab kacau dia buat kerja. Menang susah nak belajar dengan orang tua......jadi saya ajar nie atas kefahaman saya sendiri so jika anda ada cara atau kaedah lain boleh kongsi bersama. Kepada adik-adik yang baru belajar......belajar dengan cara yang mudah dulu ok.

Menyira gula kuih

Bahan-bahannya:-

1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air

Cara-caranya:-

Masukkan gula dan air kedalam kuali yang agak besar. Masak dengan api sederhana......api sederhana ye bukan api kecil atau api yang kuat.

Jika anda perhatikan buih-buih tu mula-mula ia akan memenuhi bahagian tepi dan kemudian ia akan merebak kebahagian tengah.

Biarkan ia selama 7 minit.

Apabila sudah 7 minit, cuba titiskan setitik air gula atas piring dan kemudian guna jari telunjuk sentuh air gula tadi dan temukan jari telunjuk dengan ibu jari. Lekat-lekatkan beberapa kali.....ia dikira sudah 'menjadi' bila anda rasa ia melekit-melekat dijari dan akan menghasilkan ketulan-ketulan halus kat jari. Kalau tak.....biarkan satu minit lagi. Ketika saya buat ia dalam 9 minit baru saya tutup api. So pastikan pada sukatan diatas, tempoh masak air gula supaya ia pekat adalah dalam 8-10 minit. Jika lebih 10 minit anda akan dapat gula hangus.

Terus matikan api dapur ye.

Kemudian baru masukkan kuih-kuih yang anda hendak sira kedalam kuali dan kacau sampai bunga-bunga gula keluar.



Selamat bersarapan semua...


11 comments:

atie @ ejay said...

cantik lah kak gee
xpernah tengok kuih getas yg bulat2 comel ni:)

Mori Said said...

canteekk nya kuih nie... lom pernah lagi makan kuih nie...

Rohah said...

sedap ni kak...selalu beli je..tak pernah lg saya buat sendiri..

Kak Rose said...

suka kuih ni tp mmg masaalah nak sira tu... banyak kali buat x jadi hu hu hu

thanks for the tips untuk buat gula sira tu... klu rajin nnti boleh mencuba lagi..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Dah lama tak makan kuih ni.. rindu lah pulak nak buat :D

dZana said...

aslmkum gee.. klau dpt kelapa muda mmg sedap kuih ni.. canti sira gula tu..

Amie said...

Rindunya Gee sama kuih tradisi ni... tang menyira tu yang penuh nostalgia, sebab bonda pernah ajar macamana nak menyira kuih tu!

hana said...

Kuih lamayg sgtkita suka! Meh campak dua bijik kak!

ady said...

as-salam
kuih org lama2 ni..one of my wife fav kuih..

Anna Qawina said...

Ya Rabbi..awat sedap sgt ni? Kita kalo beli.diulangi...beelii..mesti banyak2 pastu pulun sorang2..hahaha..

sue_maya said...

Sedap yer tgk kue akak tu...da lme Sgt xmkn kue ni...bole try ni...agak2 dpt bpe keping ye satu adunan ni???