Wednesday, February 6, 2013

Mee Bandung Muar


Alkisahnya hari ini tuan rumah ketandusan idea... kebetulan hari ini hari Rabu, wordless saja lah yer...




MEE BANDUNG MUAR 
Resipi : dari dapor Hanamemories

Bahan-bahan


1 kg mee kuning
300 g daging
10 - 15 ekor udang besar
3 pokok sawi hijau
1 biji tomato, belah 4
Garam dan sedikit gula
Air secukupnya
1 bungkus perencah mee bandung "Muar" (seperti gambar di atas)
5 - 6 biji telur
5 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
3 keping tauhu, digoreng, hiris nipis*
Hirisan daun sup*
Hirisan cili merah*
Belahan limau kasturi*(*bahan sampingan)

Cara-cara

Daging dihiris nipis, rebus dengan 1 inci halia (dititik) hingga empuk, ketepikan. Kupas udang, cuci kulitnya dan rebus 10 minit. Kisar kulit udang hingga halus dan tapis untuk stok. Ketepikan. Udang dicuci bersih dan toskan. Cuci bersih sawi, asingkan daun dan batang sawi, potong batang sawi dan kerat daunnya. Ketepikan.

Panaskan sedikit minyak dalam periuk (mat guna kuali). Tumis hirisan bawang putih dan merah hingga harum, masukkan perencah mee bandung dan kacau rata. Tuang air rebusan daging bersama dagingnya, stok kulit udang dan air secukupnya (anggaran 800 ml atau ikut keperluan). Biar mendidih.

Kecilkan api dan pecahkan telur satu persatu dan masak perlahan hingga telur timbul. Kemudian masukkan batang sawi dan udang. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan daun sawi dan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok, boleh matikan api.

Penyediaan Mee Bandung Muar:- Cuci mee kuning dan celur sekejap, angkat toskan dan isi kan ke dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah bersama2 isi dan satu biji telur untuk 1 mangkuk. Tambah bahan2 sampingan dan hidangkan segera.....Memangg Syiokkkk!!!!!

Catatan Mat Gebu : Untuk telur tu, mat masak asing, cedok keluar kuah mee bandung (anggaran 2 cawan) dan isi kan ke dalam kuali "non-stick", gunakan api kecil, pecahkan sebiji telur dan biar masak hingga kuning telur mengeras. Angkat dan alihkan ke dalam periuk kuah mee bandung. Ulangai proses sama sehingga telur habis.




Apapun... mee bandung perencah Adami memang best...
memang mabeles kan Hana...!!


8 comments:

Marsita yahya said...

salam Kak Gee,
karipap tu enter frame..nak sikit.

Qhaifa Nur said...

mee bandung muar memang sedap...

Gee® said...

Marsita >

Hehehe... itu bkn karipap tp temosa inti sambal ikan... yg ready made

Gee® said...

Qhaifa Nur >

memang sedap... cubalah

CT Delima said...

As'salam Gee

wahhh bikin ngences CT kat rumah. lama betul tak pekena mee bandung muar. Dulu ada jiran jual rempah mee bandung tapi sekarang tak jual lagi.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sedapnyer mee bandong.. feberet ni... lama tak msk..

Rohah said...

sedapnya...susah nk dpt perencah mee bandung muar ni kat sini..

hana said...

ya ya ya ( angguk paler doblas kali) btol tuh kak! mmg terbaekkkkkk