Wednesday, February 27, 2013

Masak lemak telur


Kadang-kadang bila ketandusan idea nak masak apa... capai ajelah apa yang ada di dapur... nasib baik ada telur boleh juga dibuat gulai lemak kuning.... sesekali makan menu simple begini sedap juga kan... teringat pula k.gee pada kisah Bundo dan telur ayam kampungnya... capai punya capai tercapai telur tembelang... haish... nakal la Bundo tu...  kalau nak tahu apa kisahnya boleh tekan TELUR yer... lucu sangat...



TELUR MASAK LEMAK KUNING


Bahan-bahan

4 biji telur ayam (kalau ada telur itik lagi sedap)
1 mangkuk santan cair
1 cawan santan pekat
*4-5 biji cili padi
*2 biji bawang merah
*1 inci kunyit hidup
1 batang serai - ketuk sedikit
garam secukupnya
1 keping asam gelugor
kalau ada belimbing buluh pun boleh letak

Cara-cara

Kisar atau tumbuk semua bahan bahan bertanda (*)
Masukkan ke dalam periuk bersama santan cair, garam, asam gelugor dan serai yang diketuk.
Jerangkan di atas api yang perlahan sambil dikacau sentiasa supaya tidak pecah minyak
Bila santan hampir mengelegak pecahkan telur sebiji sebiji sambil dikacau perlahan-lahan.
Tambahkan santan pekat dan masak hingga telur mengeras.  Kalau suka boleh masukan belimbing dan daun kunyit. Kebetulan ada belen ubi keladi, k.gee kukus dan masukkan sekali.  Sedia dihidangkan bersama nasi panas...
 

Jom pekena telur...

8 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedap tu Gee walaupun simple... kadang2 lauk simple ni yg menaikan selera makan :)

Marsita yahya said...

Kalau telur itik mmg faveret saya kak...tapi tak leh selalu kan?

Sury Abil said...

Ye lh kn kak..sekli sekala lauk mcm gini pun best gak..budak2 mmg suka..:-D

Liza said...

lauk peberet anak Liza ni, terliur pulak...kena g cari telur itik dulu la nmpaknya...

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum Kak Gee..bagi kuah dia pedasss siket..lagi sedappppp...

ibundo said...

haha..
gee, dapat telur itik memang sodap ni gee.

Mori Said said...

dh lama x buat menu nie...gee... klu dpt buat ngan telur itik...mmg sedap...

ELBI RISALAH said...

Nak tanyalah apa petuanya supaya telur yang dimasak tu elok bulat je sebiji sebiji , tak pecah-pecah ?