Tuesday, February 5, 2013

Muffin choc chips


Lagi lagi kisah hari jadi eQa...hehehe jangan boring yer... Inilah muffin yang k.gee cerita kelmarin... muffin choc chips sempena hari jadi si cinoni k.gee tu... sebenarnya ini muffin yang biasa biasa aje... cuma yang menariknya tang lady bird yang cute atas mapin tu kan... pasti ramai yg tertanya tanya datang dr mane si lady tu... alahai.... lady itu k.gee import dr kedai baking bukan sendiri bikin daaa... bukan sahaja comel untuk hiasan malah boleh dimakan... manis rasanya...   


Muffin choc chips memang kegemaran anak-anak k.gee... kalau bancuh 1 adunan sekelip mata saja sudah licin... k.gee pon gemarkan resepi muffin ini dengan teksturnya yg lembut, moist dan kaya dengan rasa coklatnya... oii! pendek kata memang yummy laaa.... nak tahu apa rahsianya...? shhhhh.... jangan bising2 tau... ini muffin segera... cuma perlu tambahkan telur, air dan minyak jagung... bake 20 minit dan nikmatinya... so goood!!



MUFFIN CHOC CHIPS

1 paket tepung muffin
5 biji telur
90 ml minyak
120 ml air
Paper cup secukupnya

Cara:

Masukkan tepung muffin, air dan telur ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.  Kemudian masukkan minyak dan kacau lagi hingga rata.  Letak dalam papercup dan bakar selama 20 min. Siap.


Jom layan muffin ...!!

4 comments:

ibundo said...

yumyumyum... nak cekut ladybird tu 2 3 ekor.
pulut kuning kat bawah tu ada lagi ke. Telio pulak..

ady said...

Absolutely gorgeous looking muffins........yum...

BUNDA a.k.a KN said...

SALAM UKHUWAH DARI BUNDA

Marsita yahya said...

lama tak buat muffin ni..masa tgh semangat nak buat, beli muffin cup punyalah banyak lepas tu keras dalam pantry hi hi.