Monday, February 25, 2013

Nasi minyak ayam tomato


Haha... pepagi lagi k.gee sudah tayang menu bina badan... di setengah tempat mungkin agak pelik kalau nasi minyak dijadikan menu sarapan pagi tapi menu nasi minyak dan macam-macam nasi lagi memang menu harian penduduk di Kuantan ini... tidak perlu tunggu ada kenduri kahwin untuk makan nasi minyak... masuk saja ke mana-mana restoran dan kedai makan sudah pasti ada juadah ini untuk sarapan pagi... Lauknya pun ada pelbagai jenis... ada ayam masak merah, masak kari, ayam goreng, ayam berempah dan aneka bagai lagi... pendek kata tepuk dada tanya selera... pilihan di hujung jari anda...!! hehe...


Nasi minyak ini resipi simple saje... layan selera anak-anak masa mereka balik bercuti itu hari... k.gee gandingkan dengan ayam masak tomato yang pedas pedas manis... Anak-anak suka menu begini... biasanya kalau masak untuk sarapan k.gee lebihkan sikit supaya boleh makan hingga tengahari... boleh relaks sikit... taklah asyik terperok ceruk dapor je kan...

NASI MINYAK

Bahan2nya

500-600 gm beras basmathi - basuhdan toskan
160gm minyak sapi
50gm halia - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
rempah penumis 3 sekawan
1 sudu sunquick
sedikit pewarna kuning
sedikit garam
sehelai daun pandan

cara2 memasak

1. Panaskan minyak sapi, masukkan rempah penumis dan bahan2 yg dihiris.  Tumis sehingga naik baunya.

2. Masukkan beras dan daun pandan.  Gaul sebati.

3. Tambahkan air, garam dan sunquick dan biar sehingga mendidih. 
4. Setelah masak masukkan sedikit pewarna kuning dan biarkan sehingga nasi masak.

5. Siap untuk dihidangkan bersama lauk kegemaran.

AYAM TOMATO


Bahan-bahan

1/2 ekor ayam
sedikit garam kunyit

Bahan-bahan kisar
4-5 biji cili padi (kalau tak suka pedas boleh kurangkan)
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato-potong dadu
1/2 cawan sos tomato

Bahan Hias

1/2 biji bawang besar- potong bulat
kacang hijau secukupnya
Bawang goreng

Cara-cara:

1.Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
2.Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
3.Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
4.Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias.
Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.



ACAR TIMUN

1 biji timun ( potong memanjang)
1 batang karot (potong memanjang)
1 labu bawang besar ( hiris nipis)
1 biji cili merah( dihiris nipis)
2-3 sudu besar gula
1 sudu teh garam
4-5 sudu besar cuka makan
Caranya :
Satukan semua bahan. Sesuaikan rasa kemudian simpan dalam peti sejuk selama 1/2 jam atau lebih sebelum menghidang.




selamat menjamu selera....



7 comments:

Mori Said said...

perggghh bekfast nasi minyakkk... heavyy tu... tapi betul la kata Gee..masak byk2..pas tu bole relaks ...tgh hari x payah masak..hehehehe

Yatie said...

waduhhhhh....sungguh menyelerakan menu Gee ni, lama akak tak masak nasi minyak...mmng gandingan yg mantoppppp...

Marsita yahya said...

tinggi menggunung nasi tu...kenyang....:)

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum..Samalah Kak Gee..Klu kat sebelah Trg pun nasi minyak juga salah satu hidangan utk sarapan pagi....

Rohah said...

banyak2 nasi..nasi minyak antara yg belum pernah dibuat sendiri...makan kat tmpat org kawin je..bina badan ka.??..heheee..klu dah sedap mmg ketepikan unsur2 diet..mamam je ..

inahar ali said...

fuiyoo..menu kt sini lg best woo..leh akak tumpang mamam sekali??

Amie said...

Masya Allah Gee... ngidam nak makan nasi minyak ni... sedapnya! Nak tapau bawa pulang ye Gee...