Pepagi lagi dah tayang mee kari...heeee... ini bukan menu sarapan hari ini tapi juadah 2,3 hari lepas... tak sempat nak n3, busy la kononnya...maklumlah dah akhir tahun ni banyak la program yang nak diatur... program pejabat satu hal program kenduri kahwin saudara mara satu bab lagi... kan?
Mee Kari
Bahan-bahan
1 bungkus mee kuning (celurkan)
2 ketul isi ayam - potong dadu
10 ekor udang
1/2 paket rempah kari
2 sudu cili boh
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1 tangkai daun kari
1/2 cawan air asam jawa
1 mangkuk santan
Bahan hiasan/ulam: 2 keping tauhu digoreng, telur rebus, bawang goreng, sawi (celurkan), taugeh (celur jugak), cili besar
Cara-cara
1.Tumbuk bahan * 2.Gaulkan serbuk kari dgn air panas utk jadikan paste. Masukkan juga cili mesin tadi. 3.Bersihkan udang, 4.Panaskan minya, masukkan daun kari. 5. Tumis bahan-bahan tumbuk tadi. Bila dah agak kekuningan masukkan paste kari 6.Masukkan ayam yg dipotong dadu tadi. 7. Bila dah pecah minyak, masukkan santan, stok udang, garam secukup rasa dan air asam. Bila dah mendidih dan pecah minyak masukkan udang. 8.Bila mendidih sekali masukkan tauhu yg telah di potong dua, kacau-kacau dan tutup api. 9.Masukkan mee dalam mangkuk, kuah dan bahan-bahan hiasan dan sedia untuk dimakan
9 comments:
As'salam Gee
Baru nak mintak makan semangkuk dah habis lah. Tapi aklau ct dtg cuma dapat ciu bau jerlah..sebab ct nikan tak kari..hehehe
kek gulung kasih tu lama tak buat, macam nak mengulung juga rasanya hehehe
kak gee! boleh tak nak cakap kite berkenan dengan mangkuk n chopstick tu! cantek!!!
Mewahnya mee kari dia... Udang tu yum yum..
CT >
ala Ct ni...biasa2 aje
Nanie >
nak tau nanie, skrg ni k.gee tgh kemaruk beli pggn mangkuk yg cantek2.. asal jumpa jer yg unik sket mesti beli...smpi hb k.gee komen "nak simpan kat mana tu ma oiii....!!!" heee
Zila >
heee... sedap tau rasa manis udang tu... yummy sangat!!
kak gee! sama laa menu kita.. haha.. bab tambah toys kt dapur tu mmg xleh nk elak la kan... sampai aritu masa gi parkson hasben tun tak kasi berenti kat bahagian pinggan-mangkuk n periuk2 tu.. hehe
ini dah bukan mee kari sempoi dah kak gee..ini mee kari lengkap! besaunya udang..sedap nyerrrrrr...
sedapnya:)
ita suka mee kari.. lama tak buat.. namapk mee akak terus tergoda. huhuhu bila nak buat ni ye
Terima kasih atas informasi menarik
Post a Comment