Friday, March 16, 2012

Doa di harilahirku

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku..dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu..Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernak menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Ampunkan aku Ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah..namun aku hanyalah hambaMu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engakau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini..aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang semakin jauh ini..aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia semakin meningkat ini aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Malik. Yang aku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti mneghulu kasih pada yang sudi..

Ya Muhaimin..pimpinlah tangan hambaMu ini..pimpinlah hati hambaMu ini..pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas kebenaran. Ya Al Quddus...sebagai hambaMu yang hina ini, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku..bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustaqimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela..

Ya Al-Hakim..berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya, agar aku terus mampu memberikan sedikit iktibar dan dakwah walaupun hanya menggunakan tinta nuraniku. Hulurkan kepadaku kebijaksanaan agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Tuhan, atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkau Yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui segalanya..peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu..Terimalah permohonan hambaMU yang serba kekurangan ini Ya Tuhanku..

Amin Ya Rabbul 'Alamin....
 
* Meminjam kata-kata nan indah ini dari Tintanuraniku dan mohon halalkan  doa yang menyentuh hati ini diabadikan ke laman blog k.gee...

16 comments:

hazila said...

Selamat Ulang Tahun Kelahiran. Moga dimurahkan rezeki, sihat sentiasa....

Gee® said...

Zila >

Terima kasih yer...

izahdaut said...

aminnn kan segala doa doa akak.. semoga akak bertambah sihat bertambah tenang dalm beribadah dikurniakan umur yang bermanfaat dikurniakan anak2 yang soleh solehah dan semuanya baik2 belaka buat akak.. selamat ulangtahun kelahiran ;-)

Gee® said...

izah >

Mekacih Izah...k.gee doakn yg terbaek juga untuk izah dan famili

rahel said...

Selamat Hari lahir Gee,semoga tercapai segala doa2 kamu yang indah itu...

Gee® said...

Rahel >

mekacih...

Ayu said...

Happy birthday Gee!!
Semuga dipanajangkan usia dimurahkan rezeki diberi
kesihatan yg baik dan berbahagia disamping keluarga tercinta didunia & akhirat..insyaallah..

zila4ever said...

heppy bthday kak gee..semoga apa yang dihajati tercapai,beroleh keberkatanya,dilimpahkan rezeki..dan dipermudahkan dalam miniti kehidupan didunia dan diakhirat ameen..:)

Nieza said...

Happy birthday kak Gee, semoga segala doa dan hajat yg dimohonkan ke hadrat ilahi dimakbulkan ..insyaAllah..amin.

Juwita Jamaludin said...

Happy birthday kak gee moga sentiasa gembira dan dirahmati Allah selalu

Rohah said...

Selamat Menyambut hari ulangtahun kak Gee,moga berkat hidupmu..
Dekat rupanya tarikh lahir saya ngan akak..

Tina Othman said...

happy belated birthday kak gee, moga lebih sihat, kaya & berjaya

Gee® said...

Ayu, zila4ever, nieza, Juwita, Rohah, Tina >

Terima kasih semua atas ingatan, ucapan dan doa kalian... semoga persahabatan yg terjalin ini bertambah erat, mesra dan diberkati...sayang uols

CT Delima said...

As'salam Gee

Seandainya kelewatan mengucapkan Selamat ulang tahun kelahiran buat Gee harap maaf ya, setiap yang dirancang hanya DIA saja yang menentukan.

Doa CT semoga kehidupan Gee sehari2 sentiasa dilimpahi rahmat ALLAH dan dipanjangkan usia hendaknya..Aminnnn

puasa ya hari ni, ct insya'Allah tunggu anak dara balik ujung bulan ni, ada geng nak puasa nanti..hihi

anymz said...

salam gee,happy belated bday..semoga di permudahkan segala urusan dan sentiasa berada dalam rahmat Allah swt..insyaAllah amiiiin

sasha rahmat said...

opps sory tertinggal tongkang..nk wish jgk HAPPY BIRTHDAY TO U DEAR GEE....moga bahagia dunia & akhirat:)