Tuesday, March 27, 2012

Jom melapis...


Hari ini tak sempat nak bersiaran awal... ada tugas yang perlu didahulukan... Sambil2 cari idea tu sempat juga meronda dapor maya rakan2.... Wah! tahniah buat CT Delima yg resepinya tersiar di majalah Aroma April 2012... Tahniah CT!! gee tumpang berbangga dan doakan yg terbaik untuk CT dan tidak lupa rakan2 blogger semua... semoga CT dan blogger masak2 terus sukses dgn paparan resepi2 baru dan persembahan yg cukup menarik dan fantastic semua... bravo CT!! bravo blogger masak!!


Kuih lapis ini kak gee buat untuk sarapan pagi Ahad lepas... sedap kuih lapis tepung beras ini yg k.gee angkut dari dapor chef tersohor CMG... memang sah sedapnya... kak gee sangat suka dan akan buat lagi nanti...  terima kasih yer CMG dan izinkan k.gee cnp di sini pulak yer... senang nanti kalau nk buat lagi...heeee  



KUIH LAPIS TEPUNG BERAS
Sumber : CMG

BAHAN A :-)

250 gram tepung beras
30 gram tepung ubi
1 liter santan
1/2 camca teh garam

BAHAN B :-)

250 gram gula pasir
200 ml air
2 helai daun pandan, disimpul

BAHAN C :-)

Pewarna makanan violet (k.gee biarkn warna putih asal)
Pewarna makanan meraj jambu
Pewarna makanan hijau

CARA MEMBUATNYA :-)

1.Satukan bahan B, kacau dan jerang hingga mendidih dan gula larut. Sejukkan dan tapis. Ketepikan.

2.Satukan bahan A dalam satu bekas, kacau rata dan tuang no. 1 tadi, kacau rata dan tapis. Bahagi kepada 3 bahagian sama banyak. Setiap bahagian diletak warna2 makanan kegemaran. Ketepikan.

3.Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih, alas tin 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak pada permukaan plastik tadi. Kukus tin tadi sekejap. Ambik satu bahagian (terpulang warna apa yang anda suka), bagi lagi kepada 2 bahagian sama banyak. Tuang dalam tin dan kukus 6 - 7 minit hingga lapisan masak.

4.Tuang pula lagi 1/2 bahagian dari bancuhan warna lain, kukus lagi 6-7 minit hingga permukaan mengeras. Dan akhir sekali tuang 1/2 dari bahagian warna lain. Kukus lagi hingga masak.

5.Ulangi proses yang sama sehingga selesai, Untuk yang lapisan terakhir, kukus selama 15 minit, maka terhasillah lapisan merah jambu + violet + hijau dan mempunyai 6 lapisan berselang seli. Sejukkan kueh sebelum dipotong...




Ini kuih rumah flat, kata eQa... heeeee

8 comments:

Tina Othman said...

sedapnya kuih lapis, tapi nak buat ni bab nak kukus selapis selapis yg tak rajin tu

izahdaut said...

kak gee.. jom melapis tang mana tu kak gee. habaq mai.. hahhaa.. tang masuk dalam mulut mmg best, tapi tang main stim tu yang duk pikiaq nak melapis ke idak? ;-P

anymz said...

sweet jer kaler kuih lapis gee ni..akak pulak asyik tergendala je projek melapis...kena tggu rakyat jelata semua berkumpul baru leh buat..^____^

Chah said...

ni bukan umah flat sebab cantik nau kejadiannya tuh.. ni kondo kat lereng bukit melawati nun...mewah dan gah!

Qasey Honey said...

cantiknya kuih lapis tu Kak Gee...sweet2 semua kalernya...suka tgk...mesti sedap ni...

zila 4ever said...

salam k.jee.
wahh rajin tue..nampak lembut jew..:)

dapurCikWan said...

wah..kak melapis pulak ye.. =)

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Gee..
wah cantik kaler yg Gee gunakan..very sweet!! lama mama tak melapis hehehe kena tunggu vitamin r nie :)