Thursday, March 15, 2012

Kisah di sebalik buah melaka


Asalnya bukan nak buat buah melaka tapi kuih putri dua sebilik...dek ada kesilapan teknikal langsung cancel 2 sebilik segala mende tu... onde-onde buah melaka pulak jadinya... jadi paham2 ajelah intinya berbeza kan.... nasib baik boleh kitar semula... eheee 



Tak menjadi putri 2 sebilk pon tak mengapa asalkan buah melaka ni anak2 makan dengan seleranya... ok la tu ....


ONDE-ONDE BUAH MELAKA

2 cawan tepung pulut
Inti kelapa (resepi sebenar guna gula melaka)
kelapa parut yg putih di gaul garam
air pandan atau pewarna yg digemari
garam
air

Cara penyediaan

1. Gaul tepung dgn air dan tambah garam sikit.. jgn terlebih air.. biar smpi boleh bentukkan jer..
2. Bentukkan bulat muat2 mulut..  isikan inti ditengahnya.. buat bulat2
3. Kemudian rebus sehingga timbul.. angkat, toskan airnya dan gaulkan dlm kelapa parut tadi..
4. Siap untuk dihidangkan.


Selamat mencuba… resepi yang paling mudah.... cepat.dimasak sedap dimakan

11 comments:

Qasey Honey said...

hmmm lain dr yg lain...xpenah cuba lg ni buah melaka inti kepala...mesti sedap jugakkan ni...bleh mcuba pula...

Gee® said...

Qasey Honey >

hmmm...rasanya macam kuih koci... sedap gitu

ady said...

as-salam
cantik buah melaka..npk sedap buah melaka tu inti kepala..

Gee® said...

Ady >

hehehe...kelapa daaa...

hazila said...

Macam mana tak jadi kuih putri 2 sebilik tu? Saya panggil tepung bungkus. Saya suka sangat tapi malas nak buat sendiri.

Gee® said...

Zila >

Hehehe...putri 2 sebilik k.gee tu tak comey, tak gamak nk n3 tp makan tetap makan... maybe yag putih tu k.gee terover masak, jd berketul2...

izahdaut said...

comelnye tu kak gee.. anak2 saya nengok ni pun mesti berselera.. ngapa yang tak jadi sebilik tu. puteri tu gaduh ye kak gee.. hehehe.. akak buat tajuk buah melaka sebilik .. boleh kot.. ;-)

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Gee...
Nak buat putri sebilik yer?? Mama pun dh lama nak buat kuih tuh masih blm bekesempatan lagi..
Takpe onde2 berintikan kelapa lagi sedap berwarna warni 1 kelainnan

dZana said...

aslmkum gee.. selalu buat warna hijau.. tgok warna pink tu nmpk menarik.. msti suke anak2 mkn masakan mamanya..

Nieza said...

Assala kak Gee, cantiknya warna buah melaka ni kak..lama tk buat dan mkn sedapnya.

zila4ever said...

salam kak gee,
tergoda betul tgok color2 buah melaka nie..nak makan pun berselera jew bila tgok warna2 nie..simpan ckit utk zila rasa..he hee