Sunday, March 4, 2012

Keladi masak tempoyak...


Alhamdulillah.... segala puji bagi Allah yg telah melimpahkan rahmat & nikmat kepada hambaNya... sesungguhnya Allah punya rancangan yg hebat untuk kita...

Seminggu tidak bersiaran, hampir bersawang dapor maya k.gee ni.... puas jugalah k.gee sapu habuk petang tadi... haaaachummm!!! dekat 10 kali terbersin, nasib baik tidak selsema dek habuk2 yang berterbangan....huuuu


Malam ini warm-up jari jemari dengan menu yg rebus2 saje... tekak ini teringin pulak makan yg masam-masam, maklumlah seminggu menjadi misi menjaga orang sakit, makan minum pun tak terurus... sebat apa yg sempat saje... Balik ke rumah, mak masakkan keladi asam tempoyak.... pergh!! berselera sekali makan bersama cik abang sayang.... Jom semak resipi nya...
 


KELADI MASAK ASAM TEMPOYAK
Resipi :  Air tangan mak bonda

Bahan-bahan


2 batang keladi minyak
3 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
2 sudu tempoyak
segenggam ikan bilis
5 keping asam gelugor/asam keping
Daun kesum / daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1.Asingkan isi keladi dan batangnya. Bersihkan isi keladi dan potong kecil. Potong batang keladi anggaran 3 inci dan buang kulit selaputnya. Dalam periuk masukkan isi keladi bersama asam keping dan sedikit garam, rebus hingga keladi 1/2 masak. Masukkan btg keladi dan celur bersama2 isinya tadi selama 1 minit. Angkat dan toskan.
2.Tumbuk lumat cili padi, kunyit hidup dan ikan bilis.  Masukkan dalam periuk bersama keladi yg direbus tadi.  Tambahkan 2 sudu tempoyak, garam dan gula secukupnya.  Tambhkn air, daun kunyit dan daun kesum dan masak sehingga mendidih.  Sedia untuk dihidangkan. 
 
 
 
Sila lah....

6 comments:

CT Delima said...

As'salam Gee

bersawang dapur alam maya masih okey lagi Gee. Jangan bersawang dapur sebenar udah ler..hehehe.

anak2 masih tak sihat ker, harap2 cepat sembuh ya. ct ni tak berapa sihat sering selsema dah tu semalam kena sakit belikat atau orang kata salah urat erk..entahlah. payah juga nak begerak ni sebab sakit kan.

ct ni jarang dapat makan keladi asam rebus Gee, kalau balik Kg jer dapat merasa. sebab ahli2 dirumah memang tak pandai makan..hehehe. berkenan kat periuk tu lama dah mengendeng tapi tak tahu bila nak dapatnya..hehehe

hazila said...

Saya tak pernah cuba lagi keladi masak tempoyak. Nanti nak cuba sebab stok tempoyak banyak lagi.

izahdaut said...

ala sikitnya cili. hehehe... sedap. saya suka batang keladi. mmg besttt sangat. letak tempoyak banyak2 baru lemak skit. haishh terguda nih

Gee® said...

Ct >
Ye lah CT, skrg ni ramai org sakit... keluarga gee 3 org dok wad, mcm2 sakit, sorg keguguran, sorang apendiks, sorang sakit buah pinggang... kesiannyaa... kena byk bersabar ye CT... Ujian Allah tu, kann...

Zila >
Cubalah, sesekali mkn yg masam2 ni sedap jugak...

Izah >
k.gee boh skit jer cili padi sbb sakit mulut...heee...

Ayu said...

asaalm gee, waduh nampak lauk gee ni macam kecur kita tau..ada beli tempoyak hari tu tapi masih belum berani mencuba..sebab kita tak pernah makan tempoyak..ingat beli tu nak trylah..macam sedap lah kita tengok ni...

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak..
diana baru jer sekali makan batang keladi seumur hidup diana nie.. dulu mmg x reti makan.. tp dah cuba rupanya sedap yer.. :) tempoyak lg ler.. diana x perna lg makan tempoyak.. ermm

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015