Selamat pagi dan salam ceria buat semua pengunjung dapor maya k.gee ini... 2,3 hari k.gee tak bersiaran, agak sibuk dengan urusan di pejabat dan anak2... Bila sudah melangkah ke pertengahan tahun, selalunya aktiviti tersangat banyak, baik yang dianjurkan di pejabat sendiri mahupun peringkat negeri.... tambahan pula tahun ini Pahang menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) yg dijadual berlangsung dari 7 hingga 16 Julai. Berbagai-bagai aktiviti sampingan sedang diatur sempena sukan ini berlangsung terutama kepada para peniaga yang diberi peluang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di setiap venue sukan berlangsung dan di tempat2 penginapan para atlet.... ermmm inilah masanya menambah pendapatan kan....
Kontinjen negeri Pahang meletakkan harapan besar dalam lima acara pilihan iaitu tinju, bola sepak, golf, ekuestrian dan petanque. Waaa.... k.gee tumpang sama meletakkan harapan buat atlet kesayangan si anak teruna k.gee Amirul yg menjadi atlet ekuestrian mewakili negeri Pahang... semoga dapat mengharumkan nama negeri Pahang.... chaiyok Along...!!
Oklah berbalik ke menu hari ini, nasi impit sambal ikan... Takmo cerita banyak, jom terus ke resepinya yer... terima kasih buat rakan k.gee Kak Dah yg memberi resepi sambal ikan ini... sedapppp
Sambal/serunding Ikan
1 kg ikan selayang/ kembong - rebus, buang tulang dan tumbuk
1 biji kelapa parut - goreng kekuningan dan tumbuk
Bahan dikisar
10 ulas bwg merah
1 sudu cili kisar
1 inci halia
2 ulas bawang putih
5 batang serai
gula melaka/ gula nisan
garam dan gula
Cara2
1. Tumis bahan2 kisar dan masukkan kesemua bahan ikan dan kelapa goreng.
2. Tambahkan garam dan gula secukupnya. kacau rata sehingga kering. Gunakan api perlahan.
3. Boleh hidangkan bersama nasi impit.
1 kg ikan selayang/ kembong - rebus, buang tulang dan tumbuk
1 biji kelapa parut - goreng kekuningan dan tumbuk
Bahan dikisar
10 ulas bwg merah
1 sudu cili kisar
1 inci halia
2 ulas bawang putih
5 batang serai
gula melaka/ gula nisan
garam dan gula
Cara2
1. Tumis bahan2 kisar dan masukkan kesemua bahan ikan dan kelapa goreng.
2. Tambahkan garam dan gula secukupnya. kacau rata sehingga kering. Gunakan api perlahan.
3. Boleh hidangkan bersama nasi impit.
jom sarapan....
6 comments:
salam kak gee
alahai sedapnya, lapar tgk menu ni
pagi2 dah tunjuk serunding ikan. Ada pula nasik impit. Adui.. lapar deh..
As'salam Gee
nasi impit ni kalau makan dengan serunding apa pun emang sedap. teringat pulak bazar Ramadhan kat jln TAR tu berbagai serunding yang dijual..kecur jap hehehe
sedapnye...nsi impit mkn dgn ape sje mmg ngamm..pagi ni QH bfast nasi impit jugak...kawan bwk...tp cicah ngn kari ayam...hihi
Salam kak gee.. sedapyer!!!! tun xpernah buat sendiri smbal ikan nih, kalau kt kg, kebetulan gi pasar ada org jual nasi himpit smb ikan ni, mmg semangat tun beli.
salam kak g
sambal ikan tue mesti sedap..terliur zila kt sini:) waallaa
Post a Comment