Sesekali teringin ubah selera... ala-ala western gitu... aci tak?
Resipi spaghetti bolognese Zulalila dari majalah Aroma Mei 2012 telah menambat hati untuk dinner semalam...
SPAGHETTI BOLOGNESE ZULAILA
Sumber : Majalah Aroma Mei 2012
Olahan : Gee-Hut
Bahan:
1 paket spaghetti (rebus)
2 biji bawang besar (dicincang halus)
2 keping daging cincang
5 batang sosej
1 tin cendawan butang
2 botol sos spaghetti Kimball (k.gee guna tomato puri Leegos)
Sos Cili
Garam dan gula
Lada hitam
2 sudu besar serbuk cili
Kak gee tambah :
2 biji buah tomato ) dipotong dadu
1 biji lada benggala ) dipotong dadu
4 ulas bawang putih - cincang
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bawang besar, masukkan daging ksiar dan sosej, kacau sehingga daging empuk.
2. Masukkan sos spaghetti dan kacau sebati. Kemudian masukkan serbuk cili, lada hitam dan cendawan butang.
3. Masukkan sedikitair dan tunggu sehingga mendidih.
4. Masukkan sos cili, garam dan gula.
5. Masak sehingga pekat dan sedia dihidang.
mulakan dengan bismillah...
disudahi dengan alhamdulillah....
12 comments:
Bismillah...
hmmmm. terliurlah kak, dah lama tak makan..
As'salam Gee
Alhamdulillah..dah kenyang dah, terima kasih ya Gee pelawa makan sama..hehehe
Salam Kak Gee, amboi..sampai licin pinggan tu...tak sempat cikwan nak rasa skit =)
Assalam gee,
anak2 kita suka spaghetti..
memang pun sekali2 ubah selerakan..hari2 makan nasi pun boring jugakan..heheh
salam kak gee.. tun dh lama betul x makan spagetti. x ingat dh bila last sekali buat spagetti.. bila tgk ni tiba2 teringin pulak nk makan.
akakk.. ada lagi tu belen2.. habiskn sampailicin dulu baaru alhamdulillah. hehehe
salam kak gee
alahaaiiii teramatlh kecurnya kita kt sini kak..he hee slurrppp
salam kak gee, sedap tu spagetthi, kat rumah ni kalau malas makan nasik, mesti masak ini, simple & cepat
sos spageti + pasta memang sentiasa ada dalam stok. tapi tukang miliknya malas nak buat..huhuh...tumpang makan di rumah kak gee jela.
Assalam kak, saya pun makan spaghethi bolognese juga tadi tapi bkn saya yg msk kawan yg msk kebetula ke rumah dia siang tadi..hehe tapi tgk spaghetti akak ni lagi sedapla:)
salam gee... minta izin cnp resepi ya... petang2 ni layan spegetti sedap jugakkk!!!
My fav dish ni kak.. Nampak sedap sangat.. Nur salin resepinya ye.. :)
Post a Comment