Salam sejahtera dan salam pagi Isnin semua... jangan lupa senyum yer mudah-mudahan dimurahkan rezeki dan awet muda selalu... Sebuah senyuman yang tulus baik untuk kesihatan di samping ianya satu ibadah... Mari kita senyum lebar-lebar yuk.... heeeeee
Pejam celik pejam celik sudah masuk bulan Februari rupanya... anak k.gee si eQa tu siap tanya lagi... mak! lepas ni ada lagi bulan Februari tak? Adoiii... dia suka sangat bulan Februari sebab boleh celebrate hari jadi dia... dari bulan November tahun lepas sudah buat count down dan request segala bagai... nakkan pulut kuning, nak rendang ayam, nak kek coklat, nak mafin dan coklat bungkus untuk kawan-kawan sekolahnya.... siap warning awal-awal lagi nak kek coklat yang cantik tak nak yg mak buat sebab mak tak pandai deko.... anak... anak...!! kadang-kadang lucu kadang-kadang geram pun ada....
Untuk tidak menghampakan si eQa, k.gee buatkan pulut kuning dan rendang ayam khas untuk dia bawa bekal ke kelas mengajinya... yang speselnya k.gee buat rendang ayam guna rempah Dayang Suri pemberian seorang rakan maya dari negeri jiran... biasanya k.gee buat rendang tak bubuh rempah tapi kali ini nak buat kelainan sikit... memang tidak mengecewakan, sangat sedap dan berbaloi-baloi rendang ayam tu... kami sekeluarga sangat suka dan meratah-ratah lagi... terima kasih daun keladi ya kak...
PULUT KUNING
Bahan-bahan
1 kg beras pulut - basuh dan rendam semalaman. Tambahkn sedikit kunyit serbuk dan 2 keping asam gelugor.
3 cawan santan - campurkan sedikit garam
Cara ;
- panaskan air kukusan dan kukus pulut lebih kurang 15 minit.
- angkat dan gaulkan dgn santan hingga sebati dan pulut lembut.
- jika suka boleh kukus sekali lagi supaya lebih tahan lama.
RENDANG AYAM
Ubahsuai dr resepi Rendang ayam harum K.Nor secubit garam
Bahan-bahan :
1 ekor ayam (dipotong kecil dan dibersihkan)
2 mangkuk santan pekat
2 batang serai (diketuk)
2 sudu cili kisar
1 bungkus rempah asli Dayang Suri
1 helai daun kunyit - dihiris halus
Bahan-bahan kisar :
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih 4 biji cili padi
1 batang serai
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci lengkuas
Cara-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar, serbuk rempah dayang suri dan cili kisar sehingga pecah minyak dan bangkit baunya.
Kemudian masukkan ayam dan gaul sebati. Tambhakan sedikit air dan biar sehingga ayam empuk.
Bila air sudah surut masukkan santan, garam, asam gelugor, gula dan daun kunyit hiris. Masak sehingga kuahnya pekat. Taburkan daun kunyit hiris dan bolehlah diangkat. hidangkan bersama pulut kuning.
cop!! jangan mengendeng yer... sudah licin...
mmmmm... jangan lupa senyum... 0 ___ 0
11 comments:
Salam Kak Gee..
Dah lama xmkn pulut kuning.. skg ni kna kurang kan mkn pulut..asyik berangin 1 bdn lepas bersalin 5 bln lpas..yana suka mkn pulut tp terpaksa pejam je laa skg ni ^^
As'salam Gee
Biasalah anak2 ni request macam2..bila dah buat terlebih pulak mintaknya hehehe. Mana nak dapatkan rempah Dayang Suri tu, teringin juga nak merasanya..
Salam kak gee,
seronoknya Eqa ya..Selamat hari lahir Eqa...
selamat hari lahir eqa...sedap nyer pulut makan ngan rendang...
Selamat hari jadi Eqa.sedapnya pulut kuning dengan rendang tu.dah lama saya tak merasanya.dapat tengok gambar pun jadilah!
hepi besday Eqa...makan pulut kuning dengan rendang ayam sedapnya...
Salam...Happy Birthday Eqa...Sedapnya pulut kuning+rendang ayam...Klu tak ada budak kat rumah boleh pedaskan siket rendang tu, pasti sedappppp...
akak pun mengukus pulut kuning lagi sabtu lepas.. tp bukan anak yg order ... customer yg order.. hihi.. sedapkan pulut kuning lawan dgn rendang... dgn kari pun best juga..
tersenyumjuga saya baca celoteh akak ttg request anak utk juadah di hari ulangtahunnya...cam tulah kan...hati ibu pasti tenang mendengarnya, seronok juga bila dapat memuaskan hati mrk...
pulut kuning macam ni,mmg terlayan sgt2 dek tekak saya..apalagi ngan rendangnya...tambah menambah jadinya..
tengah senyummmm sampai telinga ni k,gee he heeee tidur pun senyum dari smlm ha ha
pulut kuning feberet sy anak beranak tp en asben dan anak teruna tak layan he he sedapp tuh cicah rendang wahhh rasa cam raya lak makan lemang
pulut kuning...br teringat anak yg bongsu tu dah lama mintak..x buat2 jugak, hehe. br nk mintak gee punya, dah tulis plak dah abih, haishhh
Post a Comment