Friday, May 10, 2013

Cek mek molek...


Assalamualaikum dan salam pagi Jumaat...

Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk terus bernafas menghirup udara segar di samping menikmati keindahan alam ciptaan Allah serta segala kurniaan-Nya di atas mukabumi ini…

Ya Allah
Aku bersyukur pada Mu
Kerana Kau, aku masih lagi bernafas di bumi Mu
Kerana Kau, aku masih mampu menikmati ciptaan Mu
Kerana Kau juga, aku masih di sini

Semoga aku terus tabah menghadapi liku-liku kehidupan
Semoga segala urusan ku di permudahkan
Semoga aku mendapat kebahagian dunia dan akhirat
Semoga rezeki ku melimpah ruah
Semoga aku di panjangkan usia demi membesarkan anak2 yang di kasihi

Syukur alhamdulillah...

Amin, ya rabbal alamin..



Cek mek molek dari Kelantan
Indah rupa manis rasanya
Kakak abang adik sekalian
Mari kita jamu bersama...  



KUIH CEK MEK MOLEK

Bahan-bahan :

4 biji ubi keledek
2 cawan gandum - tambah atau kurang sekiranya perlu
gula secukupnya untuk inti
Sedikit garam

cara-cara buat :


1. rebus ubi keledek dengan sedikit garam sampai empuk.
2. sejukkan ubi keledek dahulu. lepas tu lenyek-lenyekkan ubi tu.
3. gaulkan ubi dengan tepung gandum sampai sebati. masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
4. amik sedikit adunan then bulatkan and masukkan gula (lebih kurang setengah sudu teh)
5. bentukkan adunan menjadi bentuk bujur. (yg ni bergantung kepada kreativiti masing-masing)
6. goreng sampai jadi kekuningan.  ^.^ selamat mencuba.


Sudi-sudikan lah...


10 comments:

Liza said...

fuhhh, siap ada pantun lg...hihihi
liza pun ada beli keledek ari tu, plan mmg nk buat cek mek ni tp sampai skrg ubi tu dok tergolek kat situ...hihihi

Bbwana adienia said...

salam k.gee..

tayang cek mek molek pagi2 ni..bleh makan utk breakfast..

Tina Othman said...

Oh dia ala2 kuih keria kan, cuma beza gula letak dlm

umi's cup cake said...

Amin ya rabbal alamin
Kak Gee..saya tak pernah buat kuih cek mek ni tapi suka juga beli bila teringin

Amie said...

comelnya cek mek molek dia... kuih ni senang nak buat, sedap dimakan!

Sury Abil said...

Mmg molek belaka....x prnh buat lagi ni...beli pun jarang...makan pun jarang2..uhuhuuuuu

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Wah memang molek jer masuk sebiji cek mek molek dalam mulut akak ni Gee... bak mai seketui :D

mama sara nur said...

assalam k gee
memang molek cik mek molek ni he heee

Rohah said...

Kat area sini jarang jumpa

ummiross said...

amin,amin..semoga dimakbulkan segala doa.

Sedapnya cik mek molek, lama ummi tak makan cik mek molek ni Gee.

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015