Monday, May 6, 2013

Koleh kacang


Hip..hip..horay!! saya sudah berjaya... saya sudah berjaya...!! saya sudah berjaya membuat kuih idaman hatiku ini.... walaupun sedikit keras tapi rasanya tetap sedap...  lain kali nak cuba resepi Aziejaya pulak deh...  


KOLEH KACANG

Rujukan : Ibu juren
Sumber : Resepi.net

Bahan A

3 cawan santan pekat (santan Kara)
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam

Bahan B

300 gm tepung kacang hijau
4 cawan air
1 sudu teh perwarna coklat (optional)

Bahan C

420-450 gm gula melaka
1/2 cawan air

Bahan D

1 1/2 cawan pati santan
secubit garam
Loyang bulat 10 inci


Cara menyediakannya

1. Gaul bahan B dan biarkan sekurang-kurangnya 2 jam. Seelok-eloknya semalaman.
2. Masak bahan C hingga gula larut, tapis dan biarkan sejuk.
3. Masak bahan D hingga menjadi tahi minyak. Ketepikan.
4. Campurkan bahan A, B dan C. Gaul rata.
5. Masak atas api sederhana sambil sentiasa dikacau selama 15 - 20 minit atau hingga nampak agak berminyak.
6. Setelah masak, tuang ke dalam loyang.
7. Taburkan tahi minyak di atas kuih dan biarkan betul-betul sejuk sebelum dipotong.




Cakk....!! Peace No War....

8 comments:

Lesung Batu said...

salam kakG..wahhh..gumbiranya..hehe..sy pun tumpang gembira ya kak..sedapnya koleh kacang..tak berani nak buat sendiri lagi..kena ambik semangat kakG la camni.. :)

ummiaisyah said...

waaaa...tahniah..mesti gumbira bila dh berjaya buat kuih idaman hati..sy pon suka kuih ni.tp jarang jumpa kt tmpt sy ni..mintak kt k G sepotong jd la..lalalala

rahel said...

Hantar koleh kacang ke sabah...

zila norazila said...

Zila suka taik minyak tu buh byk2 prrgh sedapp..

Uncle Lee said...

Hi Gee, love your this koleh kachang. I think 6 pieces will do me fine.
Chantek tu chocolate.....looks so sedap best!
Have fun and keep a song in your heart.
Lee.

Anonymous said...

looks yummy sangat sangat..nak tanya. tepung kacang hijau tu yang pakai cap babas or yang jual kat bakery je.Pls help.

Ayu said...

Assalam Gee,
hari tu kita baru aje buat koleh2 recipe chef asma..sedappp..tengok koleh2 gee ni..rasa nak makan lagi ler pulak..hehe

Qasey Honey said...

kuih fav ni kak G..lg byk taik minyak kt atas tu lg sedap..perghhh

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015