Tuesday, May 21, 2013

Dahaga...?


Panas nyaaaa cuaca di luar sana... pepagi lagi badan sudah berpeluh... tentu sedap kalau dapat minum jus, kan... apa kata hari ini k.gee jamu anda sekalian dengan ice blended jambu batu lapis nenas untuk menyamankan tekak... best tau!


Nenas dan Jambu Ice-blended

1 biji jambu batu (dibuang bijinya dan dipotong kecil)
1 cawan nenas kiub bersama sirapnya (k.gee beli kiub nenas dalam tin)
1 cawan air batu kiub
2 sudu gula
Air secukupnya

Cara:

1) Satukan jambu batu, sedikit air, gula dan beberapa ketul ais kiub. Blend hingga hancur
2) Masukkan serbuk asam boi, tuang ke dalam gelas.
3) Blend pula nenas kiub bersama sirapnya dan beberapa ketul ais hingga hancur.
4) Tuang ke dalam gelas yang berisi jus jambu tadi.
5) Sedia untuk dinikmati...

5 comments:

Tina Othman said...

Wah sedapnys nyaman je naknya skrg musim panas sangat

Mori Said said...

Adduuhhh sedappnya.. Jus nenas favourite mori ni

izan mama mia said...

kebetulan..br semalam saya buat tau..mmg sedap...

Bbwana adienia said...

salam kak gee..

freshnya air tu..nak skit..

Chah said...

Whoah..kak gee tk dpt bygkan kombinasirasa 2buah ni bila bersatu...nyaman eh? apa??? Kena buat sendiri?? Huhuhu

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015