Thursday, May 2, 2013

Nasi dagang


"Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu,
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang hamba musafir lalu....."

'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri saya,
ada terlebih baik di negeri saya...'

 cuttttt.... !!!!! apa semua ni hah...!!!  


Opocot!! melatah pulak kena sergah dek pengarah filem Ahmad Nispu yang lobang hidung mu sangat kukenali... hehehe.... itu semua dialog filem zaman dulu-dulu... K.gee memang peminat filem Melayu klasik terutamanya filem Allahyarham P.Ramlee dan filem purbawara seperti filem Sri Mersing yang sangat tragis dan penuh emosi... derderai-derai airmata menonton lakonan hebat Allahyarham Nordin Ahmad dan Rosnani dalam filem Sri Mersing tu... ditambah pulak dialog2 yang sangat menyentuh perasaan... aduh laaaaa.... sedih nyaaaa....


Apa-apa pon, menu nasi dagang kali ini tiada kena mengena dengan dialog dan filem sedih di atas tu yer... itu iklan saja... hahaha... sedih sedih pon habis nasi dagang 3 pinggan...!!! Tobat!! nasi dagang memang best... !!! Ini kali kedua k.gee buat nasi dagang sendiri... kali pertama buat boleh tengok sini... kali ini dapat 3 bintang kata encik hb... nanti boleh buat lagi sampai dapat 5 bintang tau... hehehe


NASI DAGANG

Bahan-bahan

3 cawan beras
1 cawan pulut
30 gm halba
400 ml air
400 ml santan pekat
garam secukup rasa

Bahan utk dimayang

5 ulas bawang merah
4 cm halia

Cara-cara membuatnya

1.Beras dan pulut disatukan dan dibasuh. Rendam semalaman.
2. Toskan dan kukus sehingga naik wap.
3. Masukkan dalam mangkuk dan siramkan dengan santan cair. kacau rata.
4. Masukkan semula ke dalam kukusan dan kukus lagi 10 minit.
5. Taburkan halba, hirisan halia, bawang dan kukus sekali lagi sehingga naik wap.
6. Masukkan dalam mangkuk besar dan siramkan dengan santan yg telah digaulkan garam.
7. Gaulkan rata dan hidangkan bersama gulai ikan tongkol dan acar timun.



GULAI IKAN TONGKOL

Bahan-bahan :

1 ekor ikan tongkol sederhana besar
4 keping asam keping
2 cawan santan pekat
2 cawan air
10 ulas bawang merah - kisar
5 ulas bawang putih -kisar
1 inci lengkuas kisar
1 inci halia - kisar
2 sudu ciling giling
1 senduk kecil serbuk/rempah kari
1 sudu serbuk jintan manis
2 sudu minyak untuk menumis
10 tangkai cili padi
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :

1. Ikan tongkol di cuci dan di potong ikut saiz kegemaran, rebus kan bersama asam keping dan garam.

2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar bersama cili giling.  Tumis sehingga garing.

3. Setelah garing masukkan serbuk kari dan serbuk jintan manis yang telah dicampur dengan air, tumis sehingga pecah minyak, masukkan air dan santan.

4. Masukkan ikan yang telah direbus tadi.

5. Akhir sekali masukkan garam, gula dan cili padi biarkan seketika sehingga gulai pekat dan naik minyak.



Ok...jom serang nasi dagang !!

9 comments:

JaSSNaNi said...

amboiii.. besar betul ikan tongkol tu ye.. sedap plak tengok nasi dagang ni.. lama tak makan..

Mas said...

lama dah mas tak makan nasi dagang..
sedapppp tu nengokkkakak punya...

Azie said...

As salam,
Melihatkan gambar lauk ikan tongkol tu, dah boleh bagi full score. gambar pun cantik. Rasanya ini ikan tongkol isi putih kan? Nasi dagang Terengganu, mmg guna ikan ni.

norhanim md zain said...

Nasi Dagang pujaan hati ku sepanjang zaman....:o)

rostina76 said...

sedakkkknye k.gee. tgk pun jadila...huhu

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sedapnye gee nasi dagang... my favourites! tak kiralah org nak kata byk kolesterol atau tinggi kalori ke.. akak belasah aje.. hehe..

INA said...

nasi dagang..fav. saya..tgk gulai ikan kecur air liur..he3

Lydia Miza said...

Salam
Terliur saya tgk nasik dagang ni, x pernah lagi sy cuba masak nasik dagang

Lesung Batu said...

lama betul tak mkn nasi dagang..sedapnya..sy suka pinggan & mangkuk kakG, canteks!

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015