Wednesday, May 8, 2013

Selera kampung


Sempena bercuti Hari Hol semalam, sempat jugalah k.gee mengemas rumah yang hampir-hampir digelar tongkang pecah ni.... Susun sana susun sini atur sana atur sini.. clearkan kain baju yang berlonggok-longgok... huh! baru ada gaya rumahku syurgaku... hehehe... al-maklumlah tuan rumah kebizian kununnya.... ahai!


Biasalah... wanita berkerjaya, kan... memang banyak cabarannya... urusan di pejabat dan tanggungjawab dalam rumah tangga harus berjalan seiring... pandai-pandai lah kita menguruskannya...  


Ok, selepas penat berkemas... perut pun mulalah berirama keroncong... Nasib baik hb tolong ke kedai beli barang dapor... menu kampunglah hari ini, kata hb... baik bos...!


NANGKA n AYAM MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan;

Nangka muda - dipotong kecil dan dicelur
5 ketul ayam - dipotong kecil
1 mangkuk pati santan
Serai di titik
Daun kunyit
Asam keping
garam secukupnya

Bahan untuk dikisar/tumbuk

10 biji cili padi
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

Cara-caranya;

Panaskan periuk bersama sedikit minyak.  Masukkan bahan yang dikisar, serai dan ayam.  Gaul sebati dan biarkan merenih seketika.  Masukkan santan, nangka, daun kunyit, asam keping dan garam, kacau sehingga kuah pekat dan nangka masak.  Angkat dan hidangkan.


Selera kampung memang power !!
cubalah....


13 comments:

Tina Othman said...

Sedapnya menu mcm ni, biasa jumpa klu time kenduri kat kg, sb nangka free kan

rostina76 said...

org kampung mmg terbaekk....eh, menu kampung. hehe

ady said...

as-salam
wow!!! sedapnye masakkan kampung..kena dgn nasi panas2 ni...

Rohah said...

memecah selera...ada ikan masin tak kak?

umi's cup cake said...

Sedapnya masakan kampung macam ni...makan dengan nasi panas2..pasti bertambah..nyum2

Bbwana adienia said...

salam kak..

selera kampung sentiasa memikat hati..

Bbwana adienia said...

salam kak nor..

nampak menarik hokkaido chiffon ni dengan filling strawberi..

Mel said...

Lama dah tak menjamu nangka..Sedapnya!

Sonia ~ Nasi Lemak Lover said...

a very special recipe, I have never tasted nangka in cooking. Thanks for sharing.

izan mama mia said...

mmg sedap sangat,..blk kg tu hari takk sempat nak masak...

Ucu Faridah said...

lauk kampung lerrrr yg buatkn kg ucu x turun2..hahaha...

tapikan setakat ni ucu blm pernah lg masak mcm k.gee tu, makan selalu.....dasar org malaskan ucu ni...:)

ummiross said...

Salam kenal Gee.

Bestnya singgah dapur Gee, terliur ummi tengok lauk tu Gee,makan dengan nasi panas2 mesti sedap sangat tu.

Qasey Honey said...

wah lauk ni mmg tbaekk...sedap..bru mgu lps mkn lauk gini..

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015